Tuesday, December 28, 2010

Happy Anniversary.....

Assalamualaikum....

Sedar tidak sedar, cuti semester pun dah nak berakhir. Seperti biasa, klu dah lama kt rumah ni, hati berat je nak balik semula ke ipg... Tp, bila dh ada kt sana, malas sgt nak balik rumah... (nampak mcm melampau, tp itulah sy)
Banyak aktiviti yg dilakukan untuk mengisi kekosongan masa cuti ni.. Tapi yang paling best, sambut anniversary ibu dgn ayah.. Perancangan yg rapi telah dibuat.. AJK yg trdiri daripada kami 7 beradik telah diagihkan....
(jgn jeles). Kami ada 'Pengarah Program' yg trdiri drp along, AJK makanan iaitu angah, AJK kad ucapan yg trdiri daripada Alia dan Ira, AJK Publisiti Ejah, AJK Khas Nadia, dan AJK Bocor Rahsia, Aiman.....


 Ini adalah persiapan kad yg dibuat pada pukul 2 pagi hingga subuh... Adik2 ni sanggup tak tidur kerana sekeping kad untuk ibu ayah tercinta.. Katanya klu buat siang2 nnti ibu dgn ayah tahu....
Tapi ape nak buat, Aiman telah bocorkn rahsia sebaik sahaja dia bangun dari tidur...



Ini adalah muka hadapan dan muka belakang kad ucapan.. Ilham untuk membuat kad ni telah dicetuskan sendiri oleh Ira dan Alia... Cantik sgt kad ni tau...


Ini adalh persediaan untuk makan2 nnti... Makanan ni semuanya telah ditaja sepenuhnya oleh Pengarah Program... Thanks Along.... (",)


Nampak tak kek tu..? Angah yg buat.. sedap tau!!!! hahha.. angkat bakul.. Kek ni menjadi antara bahan penting dlm majlis ni setiap tahun sbg suatu yg istimewa daripada kami 7 beradik..

Ini pula majlis doa selamat sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yg ke-24... Bacaan doa telah diketuai oleh ayah..  Semoga kebahagiaan ini akan dikecapi hingga ke akhir hayat....



Inilah gambar ibu dgn ayah.... Luv you Mom and Dad... Tanpa kamu siapalah kami hari ini.... Terima kasih Allah kerana telah memberikan kami ibu dan ayah yang sanggup melewati duri kehidupan semata-mata untuk membesarkan kami. Ya Allah, walau bagaimanapun caranya kami tetap tidak mampu membalas jasa mereka. tapi apa yang pasti kami tetap akan berusaha sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik dalam pelajaran kami sebagai salah satu cara kami membuktikan rasa cinta dan penghargaan atas apa yang mereka lakukan selama ini.. Kami harap Ya Allah, kau bantulah kami menggapai kejayaan demi melihat seukir senyuman manis daripada ibu dan ayah. Dengan seukir senyuman itu sudah cukup menyenangkan hati kami..
Ya Rabbi.kau titpkanlah rasa rindu dan kasih kami kepada orang tua kami dengan kasih sayang serta barokah daripadaMu kepada mereka .....


Ikhlas daripada kami 7 beradik.....


Sekian....

Thursday, December 23, 2010

Kadang-kadang takdir memberikan kita sesuatu yg tak diundang..
Kadang-kadang takdir memberikan kita sesuatu yang tak dirancang..
Kadang-kadang takdir menyebabkan kita rasa kehilangan..
Kadang-kadang takdir menyebabkan kita kecewa..
Kadang-kadang takdir menyebabkan kita mengalirkan air mata kesedihan..

Namun...
Takdir juga..
mengajar kita menjadi lebih dewasa..
belajar daripada pengalaman...
menghargai sesuatu pemberianNya..
mengajar kita erti syukur...
membawa kita lebih dekat denganNya..
dan....
menerima hakikat...
bahawa...
Dialah (Allah) Pencipta, Pemilik dan Penguasa teragung....

Aku pautkan jiwaku pada yg Esa...
Hanya padaMu ku sandarkan segala harapan...

Tuesday, November 30, 2010

Diary of me (1)...

Assalamualaikum...

Kali ni, penulisan sy relate more to my life..

Sewaktu aku kecil.. semasa aku masih dibangku sekolah..
Setiap kali aku memandang orang yg lebih besar daripada aku, mesti aku kata, "tak sabanya nak jadi org besar. tak payah susah2 pakai baju sekolah, pergi sekolah.. keje dapat duit banyak, boleh beli ape je yg kita nak..."
setiap kali aku lontarkan kata2 ini, ibu mesti kata, "Kalau boleh, ibu nak jadi mcm angah.. xda banyak masalah pun nak fikir.. Angah cuma tahu main je..." masa tu, aku fikir ibu tipu.... bestnya jadi ibu.. x sabar juga nak besar...nk jd org dewasa..

Sekarang bila aku dah mencapai usia itu, aku teringat kembali kata2 ibu...."Kalau boleh, ibu nak jadi mcm angah.. xda banyak masalah nak fikir..Angah cuma tahu main je.." ibu always right!!! Patutlah ibu kata mcm tu..

Banyak rupanya ujian dan dugaan hidup ni bila aku semakin dewasa.. susah senang hidup itu semuanya ujian.. tak boleh nak lari daripada masalah.. tapi, bila aku tahu hikmah bersabar disebalik ujian itu, aku tenang.. Hati mula terpujuk.. Cuma bila di timpa kesulitan, aku memohon kekuatan daripadaMu... dan apabila pula didatangkan kesenangan, aku mohon agar kesenangan itu tak membawa aku jauh daripadaMu...

Kadang2 terasa letih bila macam-macam yg menimpa... Sekejap itu, sekejap ini... Namun, apalah sangat ujian Allah untuk kita kalau nak dibandingkan dengan ujian Allah pada Rasululah suatu masa dahulu.. Betapa hebatnya ujian Allah untuk Baginda..Ya Allah, Andaikata kali ini aku diuji lagi.. Aku mohon pada Mu Ya Allah...Agar aku bisa manghadapinya dengan lebih baik..Kau berilah aku kekuatan... Agar setiap satunya aku jalani dengan tenang...

Alhamdulillah, syukur aku padaMu Ya Allah... Aku dilahirkan dalam keluarga ini... Punya ibu, ayah, kakak dan adik2 yang baik2 belaka, yg memahami... Merekalah antara sumber kekuatanku tatkala diri diuji.. Didikan ibu, ayah, dan guru2 pada kami, banyak membantu kami untuk lebih kenal siapa diri kami sebenar.. Syukur Alhamdulillah... Allah merencanakan kami untuk hidup dalam keluarga ini, bertemu adik-beradik, berpisah menuntut ilmu, berjumpa murabbi masing2 di sekolah, menuntut segala ilmu yg mendidik jiwa, mengukuhkn lagi biah solehah dalam keluarga... MasyaAllah, begitu cantik Allah mengatur semuanya.. dan aku bermohon agar dengan izinMu, biah solehah itu akan berkekalan walau apapun yg berlaku antara kami... Satukanlah hati2 kami..Syukur Alhamdulillah...

Kerjayaku... Aku bakal guru Insyaallah... Tatkala bersemuka dengan sepupu2 yg lama x ketemu, keluarga2 yg jauh2, bercampur dgn org2 tua yg agak maju pendidikannya, perbincangan soal kerjaya x pernah tinggal. Dan kata2 pakcik kerjaya guru medium terbaik untuk berdakwah, x pernah aku lupakan. Tetapi sebenarnya, itu antara ujian yg perlu dipikul.. (ini pun kena fikir. anak2 kecil x tahu)...pendidikan sekularisme yg membawa anak2 makin jauh dgn penciptanya itu merupakan cabaran terbesar... pakcik kata itu yg perlu guru2 perbetulkan. bukan setakat mengajar tetapi perlu mendidik. Anak2 tidak tahu apa2, cuma menerima.. Jadi, gurulah yg perlu menyentuh hati  mereka dan mencorakkannya..

Aku tahu, jauh lagi perjalananku.. Namun, lama sudah aku berfikir... Kadang2 menjadi tajuk perbualan kami adik beradik... Jauh di sudut hati ni, alangkah baiknya kalau aku bertemu dgn seseorang yg boleh sama2 bergerak sbg daie selain dgn kerjayanya.. Dalam satu keluarga boleh berbincang soal agama.. boleh merujuk satu sama lain.. Bersedia bertindak sbg pendorong dan penguat semangat.. Tp, aku sedar diriku masih banyak kekurangan.. Banyak lg yg perlu diperbetulkan..

Kesimpulannya, semakin kita meningkat dewasa, tanggugjawab kita semakin besar.. Kita tidak boleh bermimpi akan menjadi kanak2 semula.. kita kena pandang ke depan.. kita kena bersedia menghadapi walauapapn ujian yg datang. Kita anggap bahawa setiap ujian yg datang itu merupaka tarbiyah daripada Allah untuk kita.. Kita tidak boleh lari daripada masalah.. kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab yg telah diamanahkan... seorang ustaz pernah berpesan, "Carilah kekuatan kamu itu dalam Tajjud... Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuannya... Banyakkanlah bertahajjud" (peringatan untuk si penulis)..

Wassalam...

Tuesday, November 23, 2010

utara selatan timur barat(",)

Assalamualaikum....



Usai solat maghrib berjemaah, kami sekeluarga mengadakan halaqah... tajuk perbincangan kali ni agak hot... berkaitan jodoh...
Pertamanya, ibu menjelaskan pada kami adik beradik bahawa semakin hari, kami semakin besar, kami semakin matang... dan semestinya perbincangan soal jodoh ini, bukanlah menjadi suatu yang luar biasa... Menyentuh soal jodoh, sememangnya lumrah seorang wanita mengharapkan seorang calon suami yang soleh, penyayang, penyabar, memahami, mampu untuk memimpin dirinya, anak-anak serta keluarga dan yang paling penting dapat membentuk sebuah keluarga sakinah yg diberkati Allah..

Namun dengan cara bagaimana?? kata ibu, perbaiki diri masing-masing.. if you want to change something, you must change first... samalah juga jika kita mengharapkan sesuatu yg baik, kita perlu jadi baik terlebih dahulu.. Janji Allah... Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Kata orang, jodoh tu x perlu dicari.. semua Allah dah tetapkan.... 
Habis tu, mcm mana pula dgn rezeki.... Allah juga telah tetapkan rezeki masing-masing.. Adakah tidak perlu dicari??? Orang kata..." "beras secupak takkan jadi segantang..."
boleh pakai ke pepatah ni??? Bagi saya, beras secupak boleh jadi segantang kalau kita berusaha and have willing to do that, to get more than that... betul tak?? samalah macam jodoh..... Ibu kata, jodoh juga perlu dicari.. tp dgn cara yg betul.. Mengikut syariat.. Berdoa untuknya selalu... Allah kurniakan mata untuk melihat, Allah kurniakan telinga untuk mendengar, Allah kurniakan mulut untuk bertanya, Allah kurniakan hati untuk menilai, Allah kurniakan akal untuk berfikir... Gunakanlah nikmat yg diberikannya sebaiknya..

Teringat pada kata-kata seorang ustazah... "Kita tidak boleh menangguh waktu kematian yang telah ditetapka Allah... Tetapi, kita boleh mengubah cara dan keadaan kematian kita dengan cara berdoa..." Samalah seperti jodoh yang telah Allah tetapkan.. kita tidak boleh mengubah jodoh yang telah ditetapkan Allah S.W.T, tetapi kita boleh memohon kepada Allah dengan cara berdoa dikurniakan seorang calon suami yg mempunyai perwatakan yg soleh seperti yang kita mahukan...

Ibu juga berpesan, setiap yang anak-anak ibu miliki sekarang ini, dan yang akan anak-anak ibu miliki, semuanya itu adalah ujian... Seandainya satu hari nanti anak-anak ibu memiliki suami masing-masing.... kebaikan yang ada padanya itu ujian... dan keburukannya itu juga ujian... sesuatu yg Allah berikan, itulah yang terbaik... Bijaklah berfikir untuk sebuah kebahagiaan rumahtangga.. Dekatkanlah dirimu dengan Allah.. Allah telahpun memberikan petunjuk untuk mencapai kebahagiaan itu, melalui ayat-ayatnya di dalam Al-Quran, melalui sejarah-sejarah para nabi dan sahabat-sahabat baginda... Ibu suruh kami berfikir semua tu...Binalah kekuatan daripada sekarang untuk bersedia menghadapi pelabagai kemungkinan yang bakal berlaku...

Sesungguhnya, setiap sesuatu yang Allah S.W.T telah rencanakan untuk kita, ada tujuan dah hikmah disebaliknya.. Kita perlu berusaha dan tidak boleh berserah pada takdir semata-mata... Meminta petunjuk daripadaNya adalah jalan terbaik selain berusaha... Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada pengetahuanNya..

kata-kata ibu yang amat menyentuh perasaanku, "Ibu doakan anak-anak ibu bertemu jodoh yang soleh , yg baik.. ibu cuma ada sorang je anak lelaki.. yg lainnya semua perempuan... Alangkah baiknya kalau bila ibu pergi satu hari nanti, jenazah ibu akan diusung oleh anak lelaki dan menantu-menantu ibu yang soleh.." Sayupnya hati mendengar kata-kata ibu... "Ibu doakanlah untuk kebahagiaan kami semua adik beradik... InsyaAllah doa daripada seorang ibu kan lebih didengari Allah.. senang makbul."secara berseloroh kami katakan pd ibu untuk hilangkan rasa sedih......

Namun hatiku berkata, perkara pertama yg perlu dilakukan sebelum melangkau kegerbang kehidupan berkeluarga adalah menjaga hubungan kita dengan tuhan.. Muhasabah diri, perbaiki diri  bukan kerana mengharapkan seorang suami yg soleh, tetapi kerana cintanya kita pada Allah.. Aku faham maksud ibu td.. Kerana apa?? Bila kita melakukan sesuatu kerana org lain, perubahan itu tidak akan berkekalan walaupun kita telah dapat apa yg kita harapkan.. Namun bila dilanda ujian, perubahan yg dilakukan mungkin akan goyah ataupun hilang.. Tetapi jika perubahan yg dilakukan sebab kita betul-betul cintakan Allah, perubahan itu pasti akan berkekalan... kerana apa?? sekali kita sayang padaNya, beribu kali Dia akan sayang pada kita.... Cinta kita sememangnya terbalas.. Dan Allah bersifat hakiki.. Tidak akan fana.. Sentiasa ada di mana-mana di samping kita....

 
Banyak lagi yang dibincangkan... cuma kalau nk diluahkan semuanya, panjang lebarlah jadinya... Cukuplah setakat ini.. Sekadar perkongsian ilmu yang tidak seberapa.. Jika ada kekurangan dan penambahan atau pembetulan yang nk dikongsikan, boleh la bagi.. dialu-alukan...... Syukran Jazilan wa jazakallahukhairan kathiran...

Monday, November 22, 2010

Simon juniors' cake...

Assalamualaikum...

Hari Isnin, jam 8.15 pagi....

Angan-angan nak mencuba resepi kek baru tiba2 datang.. Tapi, malas nk ke kedai... uhh...
"Angah......" ibu panggil tiba-tiba... "ye.. knp....."aku sambut... "Angah, xnk try ke resepi kek yg angah minta daripada zaujah ustaz angah hari tu??" ibu tanya.... Aku senyum je... "ibu mcm tau je ape yg ada dalam kepala aku sekarang.."aku bermonolog..... "Nanti boleh bawakan untuk kak dayah masa majlis kahwin dia.."

Hari Isnin, jam 10.00 pagi...

Keluar mencari bahan2 membuat kek... punya la susah nak mencari 'cooking chocolate'.. sampai ke Rengit aku p mencari... adess.. "Angah, alang-alang dah sampai sini, jom kita p bank draw duit?? Nanti x payah nak ulang-alik lagi ke sini" ibu kata.. "jom la, angah ikut je.."

Tiba je kat bank tu.. "Kak, bank ni memg tutup ke hari ni??" aku tanya pada sorang kakak yg lalu kt depan bank tu... "Adik.... hari ni kan hari keputeraan sultan Johor.." kakak tu menjawab sambil tersenyum... "alamak, ye ke... dh lama meninggalkan Johor, mana la aku tahu.. ibu pn satu, lupa la tue... malunya..." aku bermonolog..

Hari Isnin, jam 3.00 petang..

Mula membuat kek.. Syoknya memutar telur, planta, dgn gula... wah2, dah kembang.... cantik2... putih gebu... hehe... putar lagi, putar lagi, putar lagi.. tiba2... kerek...kerek... mesin pemutar aku hangit berasap... "adui, kenapa pulak nie... abis la kene marah sebab mesin ni rosak..." aku bermonolog...

mengetuk menggoncang mesin dgn harapan mesin boleh berfungsi semula... ceh2.. wah.. boleh pusing la mesin ni.... sambung memutar... "meh..meh.. along nak buat..."along aku datang nak mencuba... Dengan muka hebatnya, dia mengacukan pemutar pada adunan.. tiba2............ aaaaaaaaahhhhhh..... adunan cokelat aku dlm mangkuk berterbangan.. bersepah, berlepet-lepet kat lantai, kat dinding, kt meja.... adesss... habisla kek aku kali ni..... masing2 tengok satu sama lain.... kami tergelak sakan... best jugak jahanamkan kek ni... kek terbang melayang.. hahaha..




"ibu, nak bakar kek ni guna bekas ni boleh??" aku bertanya... "muat ke guna bekas tu?? try la..." "ala.... x muat la..." terpaksala aku menggantikan bekas yg baru.. dah la adunan kek tinggal sikit akibat berterbangan, ni makin bertambah sikit la jadinya sebab main tukar2 bekas.... asyik x muat je nk masuk dlm oven... uuhhh.. banyaknya cubaan nk buat kek kali ni.... penat...

Isnin, 6.00petang...

selepas kek dibakar... wah.... cantiknya kek ni... siap buat 'toping', kami adik beradik pegang sorang satu sudu meratakan chocolate di atas cake... wah... x sabarnya nk mkn.. "lamanya aku buat kek kali nie.." aku bermonolog.... hahha... mesti sedap ni, sbb bnyak tangan... (",)

inilah kek yang telah siap di bakar... look nice... uhhu..
Isnin, 6.30 petang..

Aiman mengisytiharkan ini kek dia..... "ini kek aiman.. hari lahir aiman.. aiman kn dapat no satu jugak..." aiman bagi alasan supaya kek ni menjadi miliknya.. uhuhu.. "ambiklah ko...."

inilah budak kecik yang cerdik... tergedik-gedik tak sabar memotong kek..

Sayang simon's junior sorang nie... haha.. sukati aq je...

Alhamdulillah... akhirnya siap juga buat kek chocolate ni... walaupun mcm2 yang jadi... tulah rahsia kek sedap... hahah... kek kasih sayang.. kami adik beradik kerjakan... sedap.. sedap.. sedap...


Wednesday, November 17, 2010

Inikah kita sekarang???

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidiladha saya ucapkan.. Semoga Aidiladha ini memberi kesedaran kepada kita tentang erti pengorbanan yang sebenar... Menyingkap kembali sejarah ketaqwaan Ibrahim yang patut dicontohi.. Kesetiaan Siti Hajar serta ketaatan nabi Ismail a.s... Membuka helaian sejarah yg menyebabkan tercetusnya Aidiladha ini...

Namun begitu, post kali ini tidaklah dikhususkan untuk mengupas sejarah hari raya haji, tetapi dalam post kali ini saya ingin mengetengahkan mentality masyarakat kita hari ini terhadap kemajuan , ketamadunan yg dibangga- banggakan...

Kita berbangga dengan kemajuan yg dikecapi hari ini.. Kita berbangga bahawa kononnya, kita semakin bertamadun.. Kita berbangga kononnya kita semakin maju.. Kita berbangga kononnya kita semakin pandai.. Kita berbangga kononnya kita semakin mencapai matlamat yg diinginkan .. Namun apa yg terjadi terhadap mentality kita??? semakin maju??  atau semakin jahil???

Hari ini, hiburan, sukan, seks semakin diagung-agungkan.. Lihat sahaja di dada akhbar, kira berapa banyak rasuah?? berapa banyak kes curi, rogol, bunuh dan sebagainya... Hari ini jenayah semakin dipandang suatu yang biasa... Pada aku, itu sangat bahaya... Mana hilangnya rasa peri kemanusiaan, mana hilangnya rasa kasih sayang, mana hilangnya rasa takut pada tuhan, mana hilangnya maruah seorang islam.... Inikah yg kita agung-agungkan?? inikah yg kita katakan kemajuan?? adakah kita sudah maju?? atau kita semakin jahil??

Apa yang lebih memilukan dan menyentuh hati dan perasaan.. Kita semakin hilang rasa persaudaraan sesama Islam... Ada yg sanggup bertindak seperti gunting dalam lipatan... Menindas saudara sendiri.. Mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain... Kerana apa?? kerana tamakan harta dunia yg sementara...

Tidak kurang pula pada yang menyisihkan pemberi ilmu... Tatkala seorang yg berilmu menyampaikan kuliah, ada pula yg tidak mahu mendengar.. Tatkala, solat berjemaah, ada pula yg tidak mahu turut serta.. tatkala seseorang membaca doa, ada pula yg tidak mahu mengaminkannya.... Menghina pemberi ilmu... Difitnahnya pemberi ajaran sesat... . Bila ditanya sebab apa?? Politik alasannya.... Tatkala ada yg bertanya soal agama dalam suatu majlis ilmu, ada yang mengetawakan seolah-olah 'bodonya org yg bertanya itu'.. seolah-olah yg mentertawakan itu sudah tahu semuanya.. kerana apa?? kerana mereka merasakan diri mereka terlalu sempurna... Sedih hati bila mendengarnya... Jahilnya manusia.. Rendahnya mentality kita... inikah yg kita banggakan??? fikir-fikirkanlah....

Sama-samalah kita penuhi ilmu agama di dada agar tidak mudah terpedaya dan hanyut dalam kealpaan... kita manusia sering lupa... Oleh itu, dekatkanlah diri kita selalu denganNnya walau bagaimana cara sekalipun agar diri kita sentiasa terpelihara... Elakkanlah jiwa dikotori titik noda hitam yg menggelapkan jiwa dan yang mengeraskan hati menjadi seperti batu... Terimalah hakikat bahawa kita adalah pengembara di bumi tuhan, mengutip seberapa banyak pahala amalan sebagai bekalan di dunia yg kekal abadi... Kita semua sama.. Bukan pangkat dan harta yg menjadi ukuran, tetapi iman dan taqwa yang membezakan kita di sisi tuhan...

Ya Allah, kau peliharalah kami.....

Tuesday, November 2, 2010

Post lama, Publish baru...


Post ni sebenarnya lama dah bersarang dalam draft.. tp baru nak post hari ni kan....

Aku bersyukur kepada Allah kerana tatkala dalam ramai2 insan yang ada di luar sana, Allah masih memilih untuk menyentuh hatiku untuk merasai kemanisan usrah ini… Sejak meninggalkan alam persekolahan yang aku cintai (SAKTI), aku amat rindukan usrah… kekuatan dan ketulusan ukhwan yang terbina susah untuk dicari ganti…. Orang kata, yg patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.. tp, suasana usrah di sekolah dulu, tetap tiada penggantinya, tiada tandingannya… Usrahlah menjadi tempat meluahkan perasaan, merungkai segala keraguan, mengenal diri sendiri, belajar menghargai, belajar tentang hakikat kehidupan, mcm2 lg lah…  aku amat rindukan suasana itu….

Selama aku meninggalkan usrah, baru aku tahu betapa nikmatnya usrah itu… aku rindukan perkongsian ilmiah, aku rindukan kata-kata semangat, aku rindukan teguran, aku rindukan sentuhan hati daripada insane-insan yang lebih berilmu, aku rindukan semua itu…. Betapa aku kehausan dengan pengisian seumpama ini, aku tercari-cari dan berterusan mencari, dimanakah tempat yg sesuai untuk menjadi pembimbing pada diriku yang selalu lalai…

Kenapa aku beria-ia sangat mencari usrah?? Hanya satu harapanku, Redha Allah…. Daripada ilmu yg tidak seberapa ni, aku hanya boleh mengatakan jadikanlah redha Allah sebagai matlamat tertinggi yg mesti diraih. Apabila kita telah meluruskan niat kearah itu, maka Cinta Allah kita akan rasakan sangat dekat dengan diri kita.. Sedarkah kita bahawa apabila Allah mencintai kita, Allah akan membuat semua hambaNya mencintai kita… aku tidak mahu terus leka, aku tidak mahu lari jauh denganMu, aku tidak mahu tersasar jauh dengan rahmat dan kasih sayangMu… setiap hari aku berdoa agar aku ditemukan dengan saluran yang betul….

Akhirnya, Allah memakbulkan doaku dengan menemukan aku dengan usrah.. walaupun dengan pendekatan yang agak berbeza, aku amat bersyukur… sekurang-kurangnya, ada tempat untukku mendengar dan berkongsi ilmu2 yang bermanfaat yang mendidik jiwa.. Aku bersyukur kerana Allah tidak membiarkan aku terus bebas seperti layang-layang yang terbang tidak bertali..

Aku seorang insan yang gemar diam dan memerhati melainkan diberi peluang untuk berkata-kata…  Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang ada, carilah usrah sebagai salah satu medium yang boleh mengawal tingkah laku kita… yang boleh kawal kebebasan yang kita ada… yang boleh membantu kita supaya sentiasa rasa dekat denganNya… title sebagai ahli usrah dapat mengawal kita daripada melakukan perkara-perkara di luar batasan.. kita akan rasa malu… Biasanya malu dengan sahabat2 usrah dan yang paling penting kita akan rasa malu dengan Allah… Usrah juga membantu kita memberitahu apa yg kita x tahu…  Tanpa disedari, usrah membantu menambahkan ilmu kita.. tahukah kita, semakin bertambah ilmu, semakin takut kita dengan Allah…. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa… (saya pn bukanlah sempurna, tetapi sama2 ingat mengingati.. pandanglah apa yg dikatakan, dan janganlah pandang pada siapa yang berkata-kata)

Sama2lah kita memperbaiki kelemahan diri sedikit demi sedikit.. sama2lah kita bawa diri kita dekat denganNya… Sama2lah kita berdoa mohon hidayahNya bila kita rasakan kita semakin jauh dengan rahmatNya… Kita tidak tahu, bilakah kita akan kembali semula kepadaNya.. Mungkin esok, lusa…  

Kesimpulannya, carilah usrah dan apa2 sahaja yg boleh membantu mengawal diri kita supa tidak hanyut dan tertipu dengan kenikmatan dunia yg sementara…  dan rasailah sendiri kemanisan usrah itu… Sesungguhnya setiap kata2 ini adalah ditujukan untuk hati dan diriku sendiri.. Wasalam…

Sunday, October 31, 2010

Along Mesti Baca...

Assalamualaikum...

Malam ni, saya berkeinginan untuk menulis... sebab saya asyik study je dari petang td...
Sekarang ni, saya tengah sibuk melengkapkan diri secara fizikal, mental dan rohaniny sebelum menghadapi peperiksaan... Saya harapkan semoga usaha saya berakhir dengan kejayaan dan yg paling penting mendapat berkat dan redha drp Allah.... Semoga sahabat2 seperjuangan sy pn mendapat apa yg mereka harapkan dan dipermudahkan jalan untuk mendapat kejayaan...

Sebenarnya saya ada hajat.... Kepada Along, harap sgt dia baca post ni...



Masa cuti nanti, angah ingatkan nak buat surprise utk ibu dgn ayah.... 25th  Disember nnti kan anniversary diaorang... so, ingtkan nak buat kek cokelat... mcm kek birthday tu... Mcm gambar kt atas tu.... Angah dah ada resepinya... jom r kita try buat dulu... rasa sedap ke tidak... klu sedap, kita buat utk diaorg... klu x sedap, sekali tu jela kita buat... lain kali x yah buat lagi... Serius ni tau, bukan main2... Rasa excited sgt nak buat kek ni, sebab nampak mcm sedap.. belajar daripada youtube...

So, dengan tanpa segan dan silunya, angah nak minx akk support la bahan2 buat kek tu... hehe.... boleh kan..?? ececeh,, kita same2 la... first time tu nak buat... tp jgn bgtau sape2 tau idea nie...

Angah ada jugak beli 2 baju kurung yg belum jahit.. angah punya satu, ibu punya satu... Cantik tau baju tue... cuti ni, nak jahit.. akak nak tempah x buat baju kurung utk posting nnti??? utk akak angah ambik tempahan rm20 sepasang... hehe.... klu akk minat dgn baju tu, akk ambik la satu.. tp akk kene belikan angah satu baju daripada SABAH.... nak yg asli daripada BORNEO... bleh kan??

okay akk,, nk highlight kn yg part kek je tue... klu jadi, nnti next time x yah membazir beli kek mahal2 kt luar.. kita buat sendiri je kek tue... terjamin kebersihan dan x ragu2 halal ke tidak...

dah2.. nak smbung baca buku.. Good Luck along.. Selamat menghabiskan sisa2 hidup di Sabah...

Friday, October 22, 2010

KeMaTiAn VS CiNTa



Assalamualaikum....

Hari ni, saya ada terbaca satu artikel pasal 'KEMATIAN  SYARAT MENEMUI CINTA'......

Apa first impression korang bila baca tajuk ni?? Jangan memandai p bunuh diri pulak lepas ni ae semata-mata nk bertemu cinta sejati... Faham artikel ni baik2...

Yang menarik sgt dalam artikel ni apabila dia kata "Kematian adalah saat kita bertemu Allah jika benar Dia ialah KECINTAAN kita..... Jika masih ada gentar, ragu dan enggan untuk dijemput oleh kematian, itu bererti kita belum bercinta dengan-Nya." 

So, kesinambungan daripada tajuk tu, artikel ni menyentuh pasal SOLAT. Solat ertinya kita "berkata-kata" dengan Allah melalui zikir dan doa. Manakala Allah juga "berkata-kata" dgn kita melalui ayat2 quran yg kita baca..... sweet kn... (sy baru sedar semua tu....)  So, solat kita tu adalah petunjuk kecintaan kita pada Allah. Jika kita dirikan solat dgn rasa kecintaan pada Allah, pasti kita sndiri yg merasakan kemanisan dan keenakannya. Lg satu, bila kita solat sbb kita cintakan Allah, pasti kita x rasa susah. Dating dgn buah hati lama2 bleh je... Dating dgn Allah sekejap msti lg boleh kn....

Allah gerakan hati saya untuk baca artikel ni... Saya fikir, mungkin ini jawapan kepada mimpi saya yg lalu... Orang kata mimpi tu hanya mainan tidur, tp bg saya, mimpi mcm ni, sy jdkan sbg petunjuk drp Allah untuk saya. Mungkin inilah jawapan drp mimpi sy. Knp sy menangis2 bila hampir tiba saat kematian. Merayu untuk diberikan peluang hidup untuk kali kedua.. Mungkin kerana saya belum lg "bercinta dengan-Nya..". Banyak yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki. Sekadar berkongsi cerita...............

     "Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya." (Riwayat Muslim no.4845)


DOA MOHON CINTA ALLAH:
"Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kasih sayangMu, dan kasih orang yang mencintaiMu, serta (kasihkan) amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu. Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku, dan daripada air yang sejuk."

Wednesday, October 20, 2010

MiMpi....

Orang kata, kalau kita mimpi buruk x payah cerita.... tp, kali ni, saya nak bgtau, pengalaman mimpi yang mengingatkan saya pada amalan2 saya sepanjang 20 tahun merantau di bumi milik Allah, berapa banyak dosa dan pahala yang telah dikutip, mengingatkan saya pada orang2 yang saya sayangi, ibu, ayah, adik2.. mengingatkan saya seandainya saya mati dalam keadaan ini, ke manakah saya akan di tempatkan?? di syurga?? atau di nerakah saya..?? MasyaAllah....
Mengenangkan semua ni, saya menangis dalam tidur...... saya menangis kerana tidak percaya bahawa hayat saya akan berakhir dalam keadaan itu.... Saya merayu, meratap dan berdoa supaya Allah memberi saya peluang untuk hidup sekali lagi.... Dalam doa, saya katakan, " Ya Allah, aku bertaubat padaMu Ya Allah... Tp apakah taubat aku ini diterimaMu?? Ya Allah, sekiranya aku di sini terpaksa berlari-lari mencari tempat yang selamat walaupn aku tahu takkan ada tempat yang selamat untuk sesiapa pun saat ini, aku harap Kau ambillah mereka yang aku sayangi dalam keadaan yang baik Ya Allah... Janganlah mereka rasa tersiksa, sakitnya akibat daipada hari yang Kau janjikan ini... Ya Allah, Kau ampunkanlah aku Ya Allah... Ya Allah, aku berjanji seandainya Kau beriku peluang untuk hidup, aku akan bersolat seperti aku tahu aku akan mati pada keesokan harinya, aku akan melakukan amal kebaikan pada keluargaku, kedua ibu bapaku, aku tidak akan lupa padaMu Ya Allah walau sesaat sekalipun, walau sesibuk mana sekalipun aku, sebab aku tahu sekarang, akhirnya kepada Kau aku akan kembali.... Aku bertaubat Ya Allah.. Ya Allah seandainya aku diberi peluang untuk hidup, janganlah aku dimatikan pada hariMu ini Ya Allah... Aku tidak sanggup.... Janganlah Kau matikan aku pada hari Kiamat Ya Allah... Kau matikanlah aku dalam keadaan yang aman Ya Allah...Ya Allah.. Aku merayu padaMu Ya Allah... Aku tidak tahu adakah Kau masih mendengar rintihanku Ya Allah..." Menitisnya airmataku, sesaknya nafasku... Itulah kata2 yang saya ucapkan dalam ratapan doa semasa saya rasakan gegaran yang amat kuat, saya melihat tanah tempat saya berpijak merekah, terbelah, keluarnya asap2 dari celah2 rekahan.... manusia bertempiaran berlari menyalamatkan diri masing2..... tangisan dan raungan yang membingit... tak kurang juga ramai yang di telan perut bumi... dalam pandangan saya, ada orang2 yang berkopiah baru lepas solat Jumaat, hanya berdiri tenang di hadapan masjid malihat gulungan tanah, gunung-ganang, pokok-pokok, bangunan-bangunan yang naik tinggi melangit bergulung-gulung bersedia untuk menghempas bumi seperti Tsunami..... Saya melihat mereka redha dengan keadaan itu.... Saya pula terpaksa Redha akan mati.. Saya sangat kesal sebab saya akan mati dalam keadaan itu.... Berkali-kali saya ucapkan kata2 doa itu.... dan akhirnya saya pasrah, melutut di bumi Allah, meletakkan dahi di tanah, rebah....

**** Saya terkejut tersedar dari tidur.... Saya beristighfar banyak2... saya masih tersedu-sedan... air mata masih membasahi pipi... Mimpi apakah aku?? Aku masih diberi peluang untuk hidup??? Terima Kasih Ya Allah... Hingga saat ini, saya masih ingat janji-janjiku pada Allah.... "Ya Allah, aku insan yang lemah, aku manusia yang selalu lupa, aku manusia yang selalu lalai, Ya Allah Kau berilah aku kekuatan untuk melaksanakan janji-janjiku padaMu Ya Allah...." ****    

Friday, October 1, 2010

DeBu-DeBu DoSa.....



Ke arah mana halanya..
Bagi insan yang terleka..
Mengejar nikmat dunia..
Bagaikan hidup selamanya..
Tak peduli dosa noda..
Siksa azab neraka..
Hidup jauh dari rahmatNya..

Terpedaya pada dunia..
Pentas ciptaan manusia..
Terlupa pada segala..
Mengikut nafsu semata..
Membiar syaitan beraja..
Di hati dan juga jiwa..
Mengajar dunia penuh debu dosa...

Teguhkanlah iman dalam diri..
Moga dikau akan merasai..
Betapa indah nikmat Ilahi..
Dan yakin kau akan dirahmati..

Harus kau percaya dengan pasti..
Dunia tidak kekal abadi..
Hanya menguji cekalnya hati..
Sebagai khalifah yang sejati..

Tak perlu kau meragui..
Andai teguh keimananmu..
Pasti bahagia menanti..
Di akhirat yang abadi...

Friday, September 3, 2010

SemiNGgu DaLaM SeBulaN....

Cikgu baru.. eh, Cikgu barulah.... Comelnya cikgu ni.... hehe...
Perhatian.. perhatian... hehe.. Bukan nk highlight kn yg comel tu.... tp nk bgtau yang PBS kali ni sangat seronok...
susah nk diceritakan dgn kata2.. tp biarlah gambar2 ni yg ceritakan semuanya..


 Haaa... nilah surat daripada anak-anak murid kelas ganti kami... hebat x diaorag... kecik2 dah pandai nak cakap pasal jodoh2 nie....
Nak dijadikan cerita, budak2 ni punyalah x percaya yg cikgu ni masih single.. siap tnya dgn cikgu lain status saya...  Diaorang kata saya dah kahwin, saya dah tunang.... siap nak tengok gambar suami cikgu klu ckgu dh kahwin, n nak tengok gambar tunang cikgu kalu cikgu dh tunang..... layan je la budak2 nie......

 Ni pula antara aktiviti yang kami jalankan dala kelas.... main urut2 badan.... Boleh menghilangkan ngantuk dan sengal2 badan... Nak try x??? nnti cikgu ajar ae... haha....
happening x gambar ni??? ni la anak-anak murid cikgu yg banyak cakap... banyak btl idea2 dia.. 
sesi bergambar selepas cikgu ajar buat magic.... excited jadinya budak2 ni lepas belajar buat magic....
Hebat x cikgu.....? Cikgu je yang boleh ajar kamu magic... hehe


cikgu tengah bzy buat persediaan mengajar... ye la tue... haha...
bukan senang nk mengajar... lg susah nk mendidik.... paham x ayat nie... pandai2 la nk fahamkn ye....

ANAK CIKGU........ 

semasa meng upload gambar ni, ada orang jeles tau.... Mohd Asyiq Nur Aiman sangat jeles...... sape Aiman tue??? dialah adik saya.... yang dalam gambar ni anak saya..... sayang anak cikgu.....

Nampak x ketupat nie...... ketupat ni hasil anyaman murid2 kelas 4 bijak.... untuk kenangan cikgu katanya....
pagi2 pergi sekolh, budak2 tanya.." Cikgu dah rebus ketupatnya..???" 
"ape?? Kabus???" cikgu tersilap dengar... haha... "rebus la cikgu...." oooooo.... belum.... aku terus teringat ketupatnya dah jadi bahan mainan Aiman..... adesss....




Herm.... dh x tau nk cte ape lg..... banyak sebenrnya nk cte... tp mls dh nk taip... nk tau cte selanjutnya, bacalah blog Adilah ye.....
Saya ni x pandai sngat nk guna ayat2 berbunga indaah.... guna ayat simple2 je.... 

anyway, best sgt for every moment with you..... Thanks a lot....


Saturday, July 24, 2010

AnDai Ini RamaDhaN TerAkHirKu....


Andai ini Ramadhan terakhir....

Wahai dikau... renungkanlah engkau akan nasib diri..
Wahai qalbu.. sedarkah engkau akan gerak hati..
Wahai akal.. berfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi..
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali..

untukmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi..
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi..
apabila tiba saat tepat seperti yang dijanjikan Ilahi..
Kematian... adalah sesuatu yang pasti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu siangnya engkau sibuk berzikir..
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..... merayu.... kepadaNya Tuhan yang satu..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu..
solat yang dikerjakan.. sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...... bersatu memperhamba diri..
menghadap Rabbul Jalil....... menangisi kecurangan janji...
" innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin.."
( sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku.......
kuserahkan hanya pada Allah Tuhan seru sekalian alam...)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu..
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja..
di setiap kesempatan masa yang terluang
alunan Al-quran bakal kau dendang.... bakal kau syairkan..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu malammu kau sibukkan dengan
berterawikh.....berqiamullail..... bertahajjud...
mengadu...... merintih....... meminta belas kasih..
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
tapi..... aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu.."
oleh itu duhai Ilahi..... kasihanilah daku hambaMu ini...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan.....
kita buru..... kita cari......suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir..
mempersiapkan diri....... rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail...
dari kiri dan kanan...... lorong-lorong redha Ar-Rahman..

Duhai Ilahi..................

Andai ini Ramadhan terakhir untuk kami..
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti.... paling berseri....
menerangi kegelapan hati-hati kami..
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi....
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti..

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui..
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir?
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha..... bersedia... meminta belasNya..

Andai benar ini Ramadhan terakhir....

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN....








sarikata.com

Friday, July 23, 2010

MenJaGa..


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah HATI..".

Friday, July 9, 2010

TeRiMa ApA AdAnYa...


Maka pada satu malam yang indah, di tempat yang damai.. mendengar ceramah seorang ustaz ni, membuatkan aq terfikir tentang sesuatu.. kata-katanya "Jalani hidup ini apa adanya.." cukup membuatkan aq berfikir panjang, memotivasikan diri sendiri lantas memujuk hati sendiri..

hidup ni penuh dengan kenikmatan.. hidup ni juga penuh dengan kesulitan.. tidak ada hidup yang berterusan menikmati kebahagiaan tanpa ujian.. maka, tatkala ini saya adalah sebahagian yang merasai kesukaran itu..

saya terfikir, dimana-mana sahaja ada kesulitan.. saya tidak akan pernah bertemu teman, tidak akan pernah bertemu sahabat yang padanya tidak terdapat satu pun yang menyulitkan.. begitu juga tempat tinggal, tempat belajar, pasti akan ada kesulitan, kesukaran dan sesuatu yang tidak saya sukai..
bila difikirkan, saya ni buta.. inilah ujian Allah..

Maka saya terfikir, saya hanya akan selamat dengan memadamkan panasnya segala kesulitan itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya...

Allah yang mengkehendaki dunia ini tempat bertemunya dua perkara yang berlawanan.. 'kebahagiaan dengan kesedihan, kejayaan dengan kegagalan, kebaikan dengan keburukan' dsb.. dan bila tiba masanya, Allah akan mengumpulkan semua kebaikan itu di syurga, dan semua keburukan dan kesedihan itu di neraka...

maka saya tersedar semula daripada kealpaan yang melanda.. saya seharusnya jalani hidup ni sekadarnya, apa adanya.. kawallah jiwa untuk menerima dan menikmatinya.. bersyukur selalu kerana tidak mungkin semua teman yang kamu temui akan tulus kepadamu dan tidak mungkin semua perkara akan sempurna dimatamu..

maka, adalah baiknya jika saya memaafkan... menutup mata daripada beberapa perkara untuk saat-saat tertentu dan berdamai... maka itulah yang TERBAIK...

Saturday, June 26, 2010

GaTheRinG...

Salam..
Kini sy muncul lagi dengan story yang agak berlainan..
Sebelum tu, sukacitanya dimaklumkan bahawa sebenarnya insan yang selayaknya menulis post ni adalah saudara Syazwan.. Sbb majlis ni diadakan khusus meraikan kejayaannya sebelum beliau fly... 
19 Jun 2010, reunion kt rumah Syazwan (Wan)..
Agak best.. Memang best pn.. Sbb dapat makan dengan banyaknya..
Ada BBQ, sosej bakar, asam pedas, ulam2, buah2an, dsb.....
Menu pertama yg sy sentuh, ikan masak asam pedas dgn ulam raja..
Favourite tu.. uish.. sedap sgt... hingga menjilat jari...
Tp sekarang bukan nk bercerita pasal makanan sebenarnya..
Just nak share gambar2 yang ada..

yang pegang tuala tu syazwan.. yang pegang bantal tu nama manja dia aei..
Bila entah sy kenal Syazwan.. Yang penting dh 5 tahun.. Nak bercerita pasal Syazwan ni, smpai esok pn x habis2 sbnrnya... pasal aei, yg sy ingat sy kenal azrai sbb dia famous msa sek agama dulu.. terkenal dengan kesopanannya... Serius x tipu...


ni diaorang jugak... memang susah nk dipisahkan kononnya.. Mana2 je diaorang berdua..

saya kenalkan, yang berdiri tu Qayyum a.k.a yok.. hensem orangnya...ramai peminat tu..
X ingat jugak mcm mana bleh kenal Yok.. Cikgu yg banyak cte pasal Yok kat sy..


tengoklah mereka tu... mcm bahagia je..

Lagi sekali gmbar diaorg.. daripada gambar yang first smpailah gmbar yg nie.. sape yang paling nampak manja?? ermmmm....


ni lagi..... quote kata2 Yok b4 cameraman snap photo..."okay, bukak dada...." Ish3.. apela yok ni.. selekeh btl... act, first time kot aq dgr ayt tu..

yang bertudung biru itu namanya Zana... Yang berbaju biru itu Senin a.k.a Pahlawan Malaya... Zana ni sy pn x ingt bila sy kenal... ingatan manusia memg terbatas.. ish3.. senin pulak sy kenal msa f5.. senin ni baik orgnya.. rajin.. matang..

saya kenalkan, yang ini pulak namanya Faruq..
Pertama kali ibuku melihat gambar Faruq....
"Sape ni Ngah?? mcm pelakon cite Hindustan r.." Pewet.. Faruq, ibuku dh minat kt hang... haha habislah..

yang comel tu pulak namanya zura.. yang pakai topi tu namanya Saleh.. dia kata Saleh tu nama kt kmpung... Nama bandarnya sy x tau la pulak... zura ni sy kenal daripada kwn sy.. kwn2 ex-5best.


yang bertudung pink tu namanya Husna.. Kalau nak tau, Husna tu penyeri majlis..  Husna ni suka bercakap orgnya.. Kalau ada husna, meriah majlis.. betul tak tuan rumah..


Ni lagi gmbar mereka.. adik sy kata, lelaki pn main peace2 jugak ke?? haha..


Zaman sekarang ni susah nk cari manggis.. hargailah buah2an tempatan...


Baru perasan.. Dalam gambar ni, Faruq sorang yg xda.. Kesian Faruq.... anwy, i like this photo..


ni lagi satu...

Yok memang suka diambil gambarnya... Mcm2 gaya.. try la tengok aksinya di setiap photo..
 

Eh, mana tuala Syazwan?? Dah hilang dah....?

Lagi sekali... Saksikan..


Sape la yang snap gmbar nie... Baik mengaku.. Nk puji ni, cantik... cuma lg cantik kalau kami ada sekali.. Ehem.. gurau je k...

Ni gambar Saleh msa kekenyangan.. saleh, jgn marah ae.. gurau jew... (",)


Ni la ketua kelas saya masa saya sekolah agama kelas PAFA dulu... tak sangka dah besar dah sekarang.. dulu kecik je pakai samping hijau..  selalu jd pujian ustazah.. sape berminat bleh isi application form k utk d interview..

Cik Husna n En Qayyum.. Meletakkan gambar ni dgn harapan x da sape2 yang jeles ye...


Membakar ayam dan sosej.. berjaya membuatkan hidung sy tergedik2 untuk berlari2...


ni lagi gambar.. dh x tau nk ulas ape.. Penatnyer..

Cuba teka sape nie.. Ape hal la nya x lepas2 dengan tuala dia tu.. Sapela yg bg tuala tu?? Cte cikit... ape la yg misteri sgt dgn tuala tu.. haish...


Cak!!! Ni la orgnya.. En Syazwan... Daripada mula majlis smpai habis majlis setia bersama tuala kesayangannya... Tu la yg membezakn wan dgn org lain.. haha


hai en saleh, mcm x da kerusi je nk duduk... Kesian dia...

cik zura.... ayu sangat... takut nk komen..


Actually, saje nk share gmbar2 gathering kt rumah Syazwan yg ada pd sy..
walaupn x seberapa, tp ttp jd kenangan..

Secara personal, sy sangat bersyukur kerana dapat bertemu dengan kalian.. semuanya dengan izin Allah..

Tau2 je, ada yang bakal jd engineer, ada yg bakal guru, ada yg bakal accountant, ada yg bakal actuarist, ada yg bakal jd perwira negara... Jauh di sudut hati mendoakan agar Allah permudahkan urusan kita bersama mencapai cita2 masing2..semoga Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya...
Setiap org tu ada rezeki masing2.. apepn kita kene bersyukur...

Kepada Syazwan dan seluruh keluarganya, terima kasih banyak2 sbb menyediakan makanan yang sedap2 belaka.. mengaturkan majlis menemukan kami semula untuk mengukuhkan ukhwah yang dah lama terjalin...
Maaf sekiranya ada kata2 yang menyinggung perasaan kalian.. Kepada rakan2 yg tiada gambarnya, hanya ini yg sy ada.. Mudah2an, klu ada rezeki kita akn diketemukan semula dalam keadaan yang lebih baik dgn izin Allah... InsyaAllah.. Amin..