Thursday, April 29, 2010

MaHuKaH KaU TiNgGaLkAN AkU....


Burung yang aku sayang..
Apa sebenarnya yg kau mahukan.??
Kau membuatkan aku semakin keliru..
semakin hari,
Aku kian menjadi semakin terasing daripadamu..

Apa punca perubahanmu....???
Hari ini penjagamu baru mengerti,
Dari gerak geri dan kicauanmu, 
Aku tahu kamu mahu bebas..

Perlukah aku melepaskan atau hanya membiarkan..??

Burungku sayang..
Penjagamu ini tidak kejam..

Tiada paksaan padamu utk terus menjadi milikku selamanya..
Kau ada hak untuk bebas..

Burungku sayang,
Pertama kali kau kutemui..
Kau sgt jinak..
Bagimu, akulah penjagamu yg sangat kau hargai..
dan kau pula kusayangi sepenuh hati..
Kau nyanyikan aku melodi indah setiap hari..
dan aku membelaimu mesra..
Namun, kemanisan saat bersamamu hanya beberapa ketika..

Burung kesayanganku..
Aku bukanlah penghibur,
Yg dapat menghiburkan hatimu setiap masa..
Aku bukanlah panglipur lara yg bisa membuatkn kau ketawa..
Aku bukanlah sempurna,
Yg dapat memenuhi keperluan dan kehendakmu setiap masa..

Burungku sayang..
Maafkan aku atas kelemahanku..
Aku bukan penjagamu yg baik..
Aku bukanlah seperti yang kau harapkan..
Aku tahu kau kian bosan dengan setiap kekurangan ku..
Tetapi, itulah diriku...
Kerana aku tidak pandai menipu..

Burungku sayang,
Andai kebebasan yg bisa membuatkan kau bahagia,
Andai kebebasan yg bisa membuatkan kau ketawa..
Andai kebebasan yg dapat mengembalikan hidupmu semula..
Aku rela melepaskan kau terbang jauh nun di sana..
Mencari dunia yg lebih indah..

Burungku sayang..
Melihat kau bahagia itu lebih utama..
Walaupun hati ini tidak bisa membiarkan kau pergi..
Maafkan penjagamu ini andainya kau terasa dikurung dan dikongkong..

Burungku sayang..
Seandainya pilihan kau utk pergi..
Aku bersedia meleraikan setiap ikatan tali dikakimu..
Umpama janji-janji kita dulu..
Satu persatu aku leraikan..
Umpama aku redha membiarkan janji itu pergi..
Bersama ikatan tali yang jatuh ke bumi..
Terkubur lalu reput menjadi tanah..

Burungku sayang,
Andainya pilihan kau untuk bebas,
Aku doakan kau bahagia dgn pilihan itu..

Namun..
Sekiranya kau tidak temui apa yg kau cari..
Pulanglah semula kepaangkuan penjagamu ini..
Aku setia menanti kepulanganmu...

Burung kesayanganku...
Usah bimbangkan aku.. 
Kerana aku sudah lali..
Akulah penjaga yg serba kekurangan..
Sering menjadi pilihan untuk ditinggalkan..
Tetapi sering dicari bila diperlukan..

Burungku sayang..
Mungkin aku bukanlah penjagamu yg sempurna..
Aku bukanlah seperti yg kau harapkan..
Tetapi aku bersyukur..
Kerana pernah memeliharamu dengan penuh kasih sayang..
Mengharungi detik-detik indah bersamamu walaupun sekejap..
Pergilah kau terbang bebas bersama harapan dan impianmu..
Sesungguhnya bertemunya kita kerana Allah..
dan berpisahnya kita juga kerana takdirNya..

Burungku sayang,
Sekiranya kau sudah temui apa yang kau cari..
Penjagamu ini menumpang gembira di hati..
Penjagamu ini hanya mampu berdoa..
Agar kau terus bahagia..


Burungku sayang..
Kita hanya mampu merancang..
Tetapi Allah yang menentukan..
Penjagamu ini pasrah..
Burungku sayang....
Kau buatlah pilihan...
Aku penjagamu atau kehendakmu...

Wednesday, April 28, 2010

InSaFi DiRi...

Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini...
Semuanya pernah melakukan kesilapan.. 
Kita semua sama... Yang membezakan kita, hanyalah ketaqwaan kita pada Allah..
Namun, mengapa masih ada insan yang merasakan dirinya terlalu hebat...
Terlalu bangga bergelar manusia berjalan di atas bumi Allah...

Ya Allah, terlalu banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan..
Aku begitu seronok berjalan dan mengembara di bumiMu Ya Allah..
Terlalu gembira dan bersenang-senang dengan nikmatMu...
Sehinggakan aku lupa pada hakikat penciptaanku sebagai hambaMu dan Khalifah di BumiMu..

Aku lalai..
Aku lalai dengan kemewahan nikmat yang melimpah ruah yang kau berikan padaku...
Aku lalai dengan kesenangan duniawi...

Sesungguhnya Kau sedang mengujiku..
Tetapi aku yang lalai, tidak pernah sedar akan semua ini..

Semakin banyak kesanagan dan nikmat hidup yang kau berikan, menjadikan aku semakin alpa..
Aku lupa menyatakan syukurku padaMu setiap hari Ya Allah..
Aku hanya pandai menikmati, tetapi lupa menghargai pada yang memberi..

Terlalu banyak nikmat yang kau berikan..
Sehingga walau seluruh lautan menjadi tinta,
NikmatMu masih belum dapat diungkapkan keseluruhannya dengan mata pena.. 

Ya Allah,..
Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki kini..
Aku ada keluarga yang menyayangi..
Aku ada kawan yang selalu mendampingi..
Aku juga masih ada akal dan hati,
Untuk memikirkan dan merasakan kebesaran nikmatMu ini...

Ya Allah...
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur..
Janganlah Kau tenggelamkan aku dengan kemewahan dan kesusahan yang melampau..
Aku tidak mahu menjadi hambaMu yang lalai..
Aku juga tidak mahu menjadi hambaMu yang selalu berputus asa dengan nikmatMu..
Hidupkanlah aku dalam kesederhanaan..
Berilah aku kekuatan untuk menjaga hati ini Ya Allah..
Jadilakanlah aku hambaMu yang bertaqwa..
Kerana hanya inilah sahaja yang dapat membezakan aku dengan yang lain dari pandanganMu Ya Allah...

Terima kasih Ya Allah..
Kerana Kau memberikan aku perasaan ini..
Memberi peluang merasakan keinsafan..

* Sekarang aku sedar, apa yg fana dan apa yang hakiki..
Hanya kasihMu Ya Allah yang kekal abadi...





.

Saturday, April 24, 2010

I Love You...

Semua orang ada perasaan...
Everyone has their own feeling towards something..
Ape feeling sy kali nie..??

Saya rindu sangat dekat rumah..
Rindu along, ejah, I, ira, alia, aiman..
Dah lama kita x gaduh kan...
Angah dh x da mood nk study..

Percaya atau x, satu hari topup bleh habis sbb call ibu dgn along sahaja..
Call ayah tbe2 putus..
punyalah mengada2..
Tbe2 boleh sebak pulak bila dgr suara ayah...
Jarang dapat cakap dgn ayah..
sekali dapat cakap dgn ayah...
x tahu nk describe mcm mana..
Allah je yg tahu..

Bila angah ada kt rumah x nk pulak nasihat mcm tu..
Bila angah x da depan mata, banyak pulak kata2 semangat dgn nasihat ayah..

Ni namanya dh rindu sangat2..
Sangat mengarut ada feeling mcm nie..
dr mana dia datang pn x tau..
Cepat la hilang.. cepat la..
Angah ada test nie..

Ya Allah..
I know You want to show something to me towards this feelin..
The 'valuable' family right..
I've ibu yg sgt caring dgn anak2 nya, very understanding..
ayah yg x pandai nk express his love towards his child..
Along yang sangat lembut dn manja..
Ejah yg macam2..
I yang suka simpan perasaan.. tau2 je menangis.. (pening kepala angah syg oi..)
Ira yg sangat pemalas.. (menyakitkan hati.. buat dek je dia.. cepat2 la berubah dek )
Alia yg sangat bangga dengan kegemukannya.. (i'll become bigger than u one day my dear)..
Aiman yg sangat huru hara, becok, dan rajin mengemas ( habis rumah menjadi lintang pukang)..

hah....
luv u all..
angah nak balik..
by hook or by crook..
tunggu angah tau..
hehe..
Sayang, sayang, sayang... Sayang kamu semua..

Thursday, April 15, 2010

SaLahkaH AkU..

Salahkah aku berkata-kata..
Teraniayanya diri..
Bila berkata, diri tak disenangi..
Bila diam orang tak memahami..
Kemanakah aku sepatutnya meletakkan diri..

Apakah yang terbaik..??
Adakah hanya terus berdiam dan menerima..??
Demi ukhwah yang berpanjangan..

Ya Allah..
Berilah aku kekuatan..
Hidup ini tak semudah ungkapan lisan..
terlalu banyak pengorbanan..
hati dan perasaan..

Ya Allah..
Berilah dia hidayah..
Runtuhkanlah keegoannya..
Jadikanlah ujianMu ini...
Sebagai jalan untuk kami lebih mengenali..




Wednesday, April 14, 2010

Doa Rabithah..

Sesungguhnya Engkau tahu..

Bahawa hati ini telah berpadu..

Berhimpun dalam naungan cintaMu..

Bertemu dalam ketaatan..

Bersatu dalam perjuangan..

Menegakkan syariat dalam kehidupan..

*Kuatkanlah ikatan-Nya..

Kekalkanlah cinta-Nya..

Tunjukkanlah jalan-jalanNya..

Terangilah dengan cahayaMu..

Yang tiada pernah padam..

Ya Rabbi bimbinglah kami..

Lapangkanlah dada kami..

Dengan kurnia iman..

Dan indahNya tawakal padaMu..

Hidupkan dengan ma’rifatMu..

Matikan dalam syahid dijalanMu..

Engkaulah pelindung dan pembela..

*Kuatkanlah ikatannya..

Kekalkanlah cintanya..

Tunjukkanlah jalan-jalanNya..

Terangilah dengan cahayaMu..

Yang tiada pernah padam..

Ya Rabbi bimbinglah kami..

"SaTuKaNLaH HaTi-HaTi Kami Ya ALLAH dAlaM PeRjUaNgAN KaMi iNi... SeSunGgUhNya EngKaU SaHajA YanG MenGeTahUi aPa YaNg TeRsUrAt Dan YanG TeRsiRaT "

Thursday, April 8, 2010

CeMeRLAnG DeNGaN ZiKRuLLAH

Assalamualaikum….

Alhamdulillah, hari nie berkesempatan untuk menghantar post baru.. tak de apa yg nk diceritakan, sekadar perkongsian ilmu yg tak seberapa untuk peringatan bersama..

Usai menghadiri satu majlis ilmu.. kepala mula berfikir sejenak.. sekadar pada sepotong ayat daripada surah al-ahzab ayat 35..

“Golongan lelaki dan wanita yg banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.”

Nak dijadikan cerita.. zamn Rasulullah dulu….

Ada sorg lelaki datang brjumpa sahabat Abdullah bin Masud dn berkata.. “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku sesuatu agar aku dapat meredakan kegelisahanku. Kerana buat masa ni, jiwaku tidak tenang, fikiranku kusut, tidur x nyenyak, seleraku hilang.”

Abdullah bin Masud menjawab, “bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat:

Pertama; ke tempat org yg membaca Quran tidak kira kamu ikut membacanya atau sekadar mendengar. Kedua; menghadiri majlis ilmu yg mengingatkn kamu pada Tuhan. Ketiga; mencari satu waktu yg sunyi dan melaksanakan ibadah kpd Tuhan dan memohon kepadaNya agar diberi kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan semua jiwamu masih tidak tenang, mintalah kepada Tuhan supaya hatimu diganti dgn hati yg lain kerana hati yg kamu miliki sekarang ini bukan hatimu..”

Lepas tu, cuba teka jd ape???

Lalaki tu pn balik semua ke rumahnya. Dia terus mengambil wuduk dn membaca quran dgn penuh khusyuk. Selesai membaca quran, dia dapati jiwanya kembali tenang.. fikirannya menjadi bersih dn kegelisahan yg melanda hatinya selama ini hilang…

So, jd betullah zikir tu mendamaikan jiwa.. dalam surah ar-Ra’d ayat 28 pn Allah berfirman yg bermaksud, “Ketahuilah, dgn berzikir kepada Allah hati akan tenang.”

Erm.. k lah. Ptg ni kene uruskan program kpimpinan 3 hari.. minggu ni sgt sibuk dgn aktvti dn assignment.. tp sempat pulak menuliskan.. pelik btl.. sbb tu nk d kaitkan dgn hati yg resah bertambah2 dgn assignment yg x siap, fikiran yg sgt berserabut, teringat la pulak pd ceramah sorg ustaz ni.. harap2, semuanya berjalan dgn lancar dn Allah permudahkan segala urusan termasuk assignment yg x siap lg tu.. yg penting ikhlas.. GooD LucK sahabat2 usrahKu…

Tuesday, April 6, 2010

MukHadiMaH...

Assalamualaikum…
Alhamdulillah, akhirnya hajat untuk membuat blog tercapai juga dgn izinNya.. Kepada sahabat yang membantu, thanks a lot… Tanpa bantuan kamu, msti blog ni smkin menjadi huru hara dsbbkn ilmu dan kepakaran yang tak seberapa… InsyaAllah, pabila adanya kesempatan untuk menulis, akan adalah post2 terbaru yang akan dikongsikan bersama..

Sempena 7 April 2010 ini iaitu hari kelahiran “TeMaN TeRsAyaNg, TeMaN TeRisTiMeWa”, hanya sedikit ucapan ringkas untuk dirimu..

“Buat temanku, ‘Selamat Hari Lahir’ yang ke-20.. Tiada yang surprise dariku di sempena hari kelahiranmu… hanya titipan kata-kata biasa yang selalu didengar .. Pertamanya, pabila umurmu semakin bertambah, maka, semakin banyak pengalaman yg tlh dilalui, semakin mematangkan, semakin mendewasakan, dan semakin banyak benda yang tlh dipelajari, maka dgn itu, semakin besarlah tanggungjawab yang perlu di galas dan dilaksanakan.. Keduanya, jadilah anak yang soleh, anak yang sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapa.. Semoga redha mereka dan redha Allah s.w.t sentiasa mengiringi setiap langkah hidupmu mencari kejayaan, kebahagiaan, dan keredhaan hidup di dunia dn Akhirat. Mudah-mudahan Allah mendengar setiap rintihan hatimu serta memberi kekuatan iman kapadamu untuk menjadi insan yang tabah menghadapi hari2 yang mendatang.. Semoga setiap ujian dan kepayahan yang ditempuhi akan membawa kejayaan kepadamu...”

Ikhlas daripada teman, untuk teman….
(7 April 2010)…

*
(peringatan utk si penulis khususnya)