Saturday, May 29, 2010

TiDaK TerLaLu MeNcaRi KeSeMpuRnaaN...



Setelah kamu memberi harapan kepada seseorang..
dan dia mula menyanyangi dirimu...
hendaklah kamu menjaga hatinya...
Jangan sesekali kamu membiarkan dia begitu sahaja..
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu..
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada..
Janganlah terlalu mengharap pada takungannya untuk memenuhi semua kehendakmu itu dan ini..
dan janganlah menganggap bekas tadahan kamu itu kukuh untuk selamanya..
Cukuplah sekadar takunganmu itu, memenuhi keperluanmu..
kerana jika bekas tadahanmu rosak, mungkin amat sukar untuk dibaiki..
dan kemungkinan bekas itu akan dibuang...
Sedangkan jika kamu menjaganya dan cuba membaikinya,
semestinya bekas itu bolah digunakan semula dan bersedia berbakti untukmu..

Samalah sekiranya kamu memiliki seseorang...
Terimalah dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengharapkan kesempurnaan darinya..
dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa..
Anggaplah dia juga manusia biasa sepertimu..
Kerana apabila yang hampir denganmu melakukan kesilapan, bukan mudah untuk kamu menerima..
boleh jadi kamu akan meninggalkannya..
tetapi jika kamu memaafkannya, kemungkinan hubungan kamu akan kekal ke akhirnya..

Jika kamu diletakkan di satu taman bunga yang luas..
kamu diminta mencari sekuntum bunga yang paling cantik..
kamu telah temui bunga yang kamu pasti ia cantik,
Tetapi kamu berlengah mencari yang lebih baik, paling baik, dan terbaik..
Kelak bunga yang satu itu akan hilang..
dan kamu tidak akan temuinya lagi...


Begitu juga jika kamu bertemu dengan insan yang kamu pasti memberi kebaikan kepadamu...
Menyanyangimu.... Mengasihimu... Ikhlas menerima dirimu seadanya...
Mengapa harus kamu berlengah..
membandingkan dirinya dengan yang lain..
terlalu mencari kesempurnaan...
Kelak kamu mungkin akan kehilangannya apabila dia telah menjadi milik yang lain...
Kamu juga yang akan menyesal..

Wednesday, May 26, 2010

Kami Berdating..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya Atiqah telah selesai menjawab kesemua paper untuk sem satu ni...
Sebab tu la Atiqah rajin sangat nak menghantar post baru..

Malam ni, Atiqah berasa sangat gembira + sangat terharu sebab dapat ber'dating' dengan sahabat Atiqah (dalam Skype je x mampu nk fly ke Kyoto dan ke Jepun)..
Kami memang ganas dan gila-gila bila bersama, bila berjumpa.. sejak di bangku sekolah lagi.. betul tak Kin?? betul tak Paan??
Memang tak boleh serius.. Confirm, siapa yang join kami bergurau pasti menangis.. haha..

Tiba-tiba rindu pulak kenangan masa sekolah dulu...
Ekin, kita kena denda sama-sama sebab naik asrama waktu prep kan?? haha.. geram betul masa tu.. lawak betul masa sekarang.. memang tak patut.. makin sakit Atiq dibuatnya... sebab tu la kita famous dalam kalangan senior.. Kita didenda menjaga senior yang dijemur di tengah panas sebab melakukan kesalahan yang sama dengan kita.. Tapi bagus betul sebab kita dapat duduk di tempat yang redup.. Gila mengamuk diorang.. haha..
Lagi satu, Ekin ingat tak ada sorang tu sampai xnk tegur Atiq sebab dia kata Atiq rampas Ikin daripada dia.. hehe.. main rampas-rampas, kanak-kanak betul..

Nie, Paan ni lagi sorang.. Nak cerita pasal dia pulak.. Paan, kita penah jual Roti John sama-sama masa bulan puasa ingat tak..? Kita buka puasa sama-sama depan DM sebab masa tu tempahan Roti John Paan memang mengancam.. Sampai tak cukup kaki tangan Paan nak buat.. haha.. tak nak cite pasal Paan banyak-banyak kat sini sebab Paan mesti tak ingat sebab 'Otak Semak' ye Paan... Tapi memang tak boleh belah sebab Roti John Paan memang sedap..

Ermm.. kalau nak senaraikan satu-satu banyak sangat la.. cukuplah tu. malas nak tulis... Anyway, Ekin dan Paan, kawan dengan korang memag happening dan sangat best.... Miss you so much...


Takdir mempertemukan kita..
Menyulam erti kasih sayang..
Mengenali erti persahabatan..
Merasai erti kegembiraan..
Mengenali erti ketabahan..
Memberi erti keakraban..
Memberi peluang mengenali siapa itu sahabat dalam mengisi sebuah episod kehidupan...



*Post kali ini agak selamba..
Khas ditulis untuk ditujukan kepada Ikin (Kyoto, Japan) dan Paan (Mesir)..

Thursday, May 20, 2010

SyukurKu...

Alhamdulillah...
Pada hari Jumaat yang penuh barakah ni,
Atiqah ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi..

Dengan keizinanMu..
Semuanya telah pulih kembali..
Satu-persatu masalah kian terlerai..
Tolak ansur, kesefahaman dan kemaafan amat penting dalam sesuatu perhubungan..
Thanks For You..

Kebahagiaan hanya bisa ditemui sekiranya kita pandai menghargai apa yang kita miliki saat ini..
kadang-kadang kita terlalu memandang sesuatu yang jauh daripada kita..
sehingga kita terlupa apa yang ada di depan mata...
Hargailah ia sebelum ia hilang dari pandangan...

Allah S.W.T pernah berfirman '.. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(surah Ai-Baqarah ayat 216)

Tuesday, May 11, 2010

HikmaH SetiaP CubaaN..

Wahai musafir..
Kenapa Allah selalu memberimu dugaan?? Kenapa Allah mengujimu dengan kehilangan sesuatu yang kau sayang dan kenapa Allah mengujimu dengan sesuatu yang hampir denganmu?? Kenapa??
Bukalah matamu...
Janganlah kau bersedih..
Allah mengujimu kerana Dia sayangkan kau...

Bila ujian dan musibah melanda dirimu..
Kau akan ingat padaNya...
Kau akan menadah tangan bersama linangan air mata memohon pertolongan Allah..
Kau akan berdoa dengan bersungguh-sungguh..
Yang sebelumnya jarang sekali kau lakukan..
Kau nampak, Allah sayangkan kau..
Dia tidak terus membiarkan kau leka dengan keseronokan dunia..

Allah sayangkan kau..
Bila ujian dan musibah melanda dirimu,
akan meredakan nafsumu yang melampaui batas..
Kau tidak akan terus lalai dengan kecukupan yang kau ada..
Kau sedar semua ini??
Bersyukurlah dengan ujian yang datang..

wahai musafir..
petiklah hikmah dari setiap ujian..
ujian memberikan kau kesedaran..
membuka mata manusia untuk saling menyayangi..
hari ini kau ditimpa musibah...
hari ini kau telah merasakan deritanya musibah itu..
hari esok, saudaramu ditimpa musibah...
taburlah rasa simpati terhadapnya..
kerana kau telahpun merasakan kepahitan musibah itu..
Bantulah mereka..
Kau sedar semua itu??
Allah mengurniakan kau rasa simpati, rasa kasih, dan rasa sayang daripada ujian yang kau hadapi...
Allah sayangkan kau wahai musafir..

wahai musafir..
Janganlah kau memandang musibah itu sebagai musibah..
tetapi...
pandanglah musibah itu sebagai anugerah daripada Allah..
Nilainya jauh lebih besar daripada musibah..
Sekarang kau sedarkan??
Dosa-dosa kau akan Allah ampunkan..
kau akan diberikan pahala olehNya..
Kalau kau redha dan ikhlas dengan ujian yang melanda dirimu..
Nilai keampunan lebih besar nikmatnya dari musibah yang datang..
Kau nampak kan sekarang??
Jangan butakan hatimu...

Wahai musafir..
tenanglah..
tenteramlah..
lenyapkanlah kegelisahanmu..
dan janganlah berputus asa tatkala musibah dan ujian melanda dirimu..
Yakinlah Allah sayangkan kau..

"....sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar: 10)



Hari ini aku semakin sedar semua itu.. ujian membuatkan aku lebih matang.. 
Alhamdulillah... Aku hanya seorang hamba yang selalu mengharapkan hidayahMu..