Monday, January 10, 2011

Kecemerlangan Hakiki.....



Tuhan..
Aku insan yg lemah berbanding dengan kekuasaanMu..
Aku insan yang tidak berdaya tanpa pertolongan dariMu..

Tuhan..
Kau tetapkanlah hatiku untuk terus berada dijalanMu..
Walau pelbagai mehnah yang datang melanda..
Kau tiupkanlah roh kekuatan dalam sanubariku..
Agar aku tidak berpaling denganMu.

Tuhan..
Redhailah aku..
dalam mencari kecemerlangan hakiki..
yg tiada kecemerlangan lain selepasnya...
kerana di situlah letaknya syurgaMu..

Tuhan..
Syukur aku atas nikmat yg Kau berikan..
Peliharalah aku daripada lalai dengan nikmatMu itu..
 Peliharalah aku daripada terus hanyut dalam kesenangan dunia yg memperdayakn..

Tuhan..
Hanya kepadaMu tempat aku mengadu..
Kau jadikanlah aku hambamu yang soleh dan solehah..
Kau berkatilah hidupku di dunia dan Akhirat..

Tuhan..
Tiada aku di dunia ini tanpaMu..
Kau perkenankanlah doaku..
Kau limpahkanlah aku dengan maghfirahmu...
Sesunggunya hidup dan matiku hanya untukMu............


"... Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur)." (Ali Imran, 185)

"Maka sesuatu apa yang diberikan kepadamu itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan mereka" (asy-Syura, 36)

"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya." (Al-Talaq, 2-3)

Saturday, January 1, 2011

nasihatku untukku yg pertama, untuk kau yg kedua...

Assalamualaikum...

Semoga hari-hari yang kita lalui disinari dengan nur dan hidayah daripada Allah... InsyaAllah.

Post kali ini, saya nak membicarakan tentang redha dan tawakal....
suka, merelakan dan berserah...
Baru-baru ini, seorang sahabat datang mengadu dan menyuarakan rasa bimbang terhadap masalah yg menimpa diri... Selaku sahabat, saya amat memahami perasaannya... "sahabatku sedang mengalami kesusahan....",hatiku hanya mampu berkata itu sahaja saat itu... Berfikir untuk menyusun kata...

Hakikat hidup di dunia ini, umpama roda... Adakalanya kita di atas, dan ada kalanya kita berada di bawah.. Suatu ketika kita mengecapi bahagia, tetapi akan ada satu ketika kita derita.. "Kita sering ditimpa kesusahan daripada kebaikan... knp??"

Setiap manusia pasti akan diuji.. dari situlah kita dapat melihat turun dan naiknya iman.. Bagaimana kita menerima dan mengharungi setiap dugaan yg diberikan... Kita harus berlapang dada dan menerimanya dengan hati terbuka... Degan erti kata lain, REDHA... "Kalau aku berada di tempat kau pun belum tentu aku mampu menerimany.. Namun, kuatkanlah diri kau... Hanya ini yg mampu aq ucapkan.."

Setiap yg Allah berikan utk hamba2Nya, pasti ada hikmahnya, ada tujuan, sebab-sebab dan pengajaran tertentu... kita perlu TAWAKAL dengan kehendaknya.. Kite perlu berdoa agar apa yg diperoleh ini akan menjadikan kehidupan kita lebih baik daripada sebelumnya... Apabila kita tawakal dan redha, InsyaAllah yg dirasakan suatu bebanan akan menjadi keringanan... InsyaAllah...

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Sebagai hamba Allah, kita patut bersyukur dengan setiap nikmat dan rahmat yg diberikan Allah S.W.T..... Kerana nikmat dan kebahagiaan itu bisa hilang dan diperoleh dalam sekelip mata apabila Allah mengkehendakinya...

Bersabarlah di atas setiap ujian dan dugaan yang menimpa.. Janganlah kita terlalu menyesali dan berasa derita terhadap dugaan itu hingga menimbulkan rasa kebencian dan marah terhadap takdir Allah..  Kerana sekecil manapun amalan kita didunia ini akan dihitung dan dipersoalkan jua di akhirat kelak... InsyaAllah, berkat sabar di dunia, Allah akan membalasnya di akhirat kelak...

Sabarlah kawan, sahabat, teman...
Sesunggguhnya sekiranya kau tahu, Allah memberikan kamu dugaan ini kerana dia sayangkan kau..
Alangkah baiknya jika kau dapat mencari hikmah disebalik ujian yg menimpamu ini...

Ya Allah...
Di saat ini sesungguhnya aku bimbang..
Andai aku diuji dengan ape yg aku katakan....
Janganlah Kau biarkan aku lemah..
Sekiranya aku diuji..
Aku memohon agar aku dapat berfikir seperti aku hari ini...
Agar aku dianygerahkan kekuatan untuk menempuh setiap pancaroba kehidupan...
yg tidak pernah putus untuk menguji keimanan manusia..
sebagai hamba dan juga khalifah di bumi Allah ini..
Hanya padaMu hamba berserah.............