Friday, December 2, 2011

Sayap Kiri Perjuangan... ( siri 1)


Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi MAha Penyayang...

Setelah membaca sebuah buku penulisan Al-Syeikh Dr. Faisal Mawlawi, yang bertajuk 'PERANAN MUSLIMAT DI MEDAN AMAL ISLAMI', sy ingin berkongsi dgn kalian apa yang diperoleh drp buku tersebut... Moga bermanfaat..

1. Apakah yg menyebabkan penglibatan golongan muslimat di medan amal Islami menjadi lemah?

Terdapat beberapa faktor:
1) Salah faham yang wajib diperbetulkan

2) Keegoan lelaki

1) Terdapat beberapa salah faham yg perlu dibetulkn terhadap muslimat.


   i) Kaum wanita kurang akal dan agamanya

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
" Wahai wanita, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agama mampu melumpuhkan hati seorang lelaki melebihi kamu. Mereka bertanya: Apakah kekurangan akal dan agama kami ya Rasulullah? Rasulullah bersabda: Bukankah persaksian wanita sama dengan setengah lelaki? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka di situlah letak kekurangan akalnya. Bukankah wanita haid tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka di situlah letak kekurangan agamanya."

Hadis riwayat al-Bukahari di atas sememangnya sahih, namun tafsiran yang salah terhadap hadis ini menyebabkan ramai kaum wanita yang diperkecilkan peranannya di medan amal islami.

Sebenarnya, apa yg dimaksudkan dengan 'kekurangn' oleh hadis di atas adalah dari aspek 'kuantiti' dan bukan kualiti. Wanita apabila didatangi haid, mereka tidak boleh bersolat dan berpuasa. Maka hanya perlu mengqadakan puasanya dan tidak perlu untuk solatnya. Oleh itu, kuantiti solatnya kurang sedikit daripada kaum lelaki. Namun, amalan2 sunatnya boleh menampung kekurangan tersebut dan mungkin amalannya boleh mengatasi kaum lelaki. Maka, peningkatan dari aspek 'kualiti' adalah sama sahaja antara lelaki dan wanita. Yang berbeza hanya kuantiti.

Dari segi akalnya pula, bukan bermaksud akal seorang wanita kurang daripada akal lelaki. Yang dimaksudkan ialah lelaki mempunyai kekuatan akal yang membolehkan mereka mengawal perasaan dan nafsunya. lain pula wanita yang dijadikan Allah kurang kemampuannya untuk mengawal emosinya. Akal lelaki lebih kuat daripada perasaannya manakala wanita lebih kuat emosinya/ perasaannya daripada akalnya. Ini adalah ketentuan Allah dan tidak boleh dipertikaikan oleh kaum wanita. Namun begitu, ini bukanlah tiket kepada kaum lelaki untuk merendahkan kaum wanita, tetapi Allah jadikan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi satu sama lain dalam menjalankan tanggugjawab yang telah taklifkan kepada mereka. 

Kesimpulannya, tiada halangan dan alasan yang memperkecilkan peranan wanita sebagai amilat (pekerja) dalam medan amal islami. Wanita juga berperanan penting dalam gerak kerja ini pada masa kini.

Allah S.W.T berfirman:
" Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (Al-Nahl: 97)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah yang paling baik di antara kalian kepada isteriku."


    
ii) Kepimpinan (qawamah) lelaki terhadap wanita

Kepimpinan adalah tanggungjawab bagi lelaki dan bukanlah satu kelebihan. seperti kepimpinan lelaki terhadap wanita, rumahtangga, kepimpinan lelaki dalam masyarakat.

Firman Allah s.w.t:
" Kaum lelaki adalah pemimpi kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan harta mereka." (al-Nisa: 34).
Kelebihan yang dimaksudkan adalah untuk perkara-perkara tertentu yang menyebabkan mereka (kaum lelaki) berkepimpinan. Manakala kaum wanita pula lebih pada perkara yang lain seperti keperihatinan dan kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak, menghadapi anak-anak yang pelbagai kerenah.

Apa yang pasti, setiap yang Allah ciptakan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing yang tersirat pelbagai hikmah disebaliknya. Maka, kaum lelaki tidak boleh merendahkan muslimah dengan salah faham ini dan kaum wanita tidak sepatutnya hanya menunggu arahan daripada kaum lelaki untuk menjalankan gerak kerja. Bagi keberkesanan sesuatu organisasi, kaum wanita tidak sepatutnya menunggu kaum muslimin menentukan tugas untuk mereka malah muslimat sendiri sepatutnya lebih mengerti realiti kerja-kerja mereka serta boleh merancangnya sendiri. Salah faham ini tidak sepatutnya berlaku antara kaum muslimin dan muslimat kerana tanpa disedari salah faham ini boleh melumpuhkan gerak kerja muslimat dalam sesuatu organisasi.

     iii) Isu wanita keluar rumah untuk menyumbang tenaga

Kebanyakan kaum lelaki hanya memahami yang kaum wanita hanya duduk di rumah, tugasnya hanya bersama anak-anak, di dapur, mengemas membasuh dan sebagainya. 

Mereka bersandar pada firman Allah:
"
dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu." (al-Ahzab: 33)
namun, mereka lupa kepada sambungan ayat ini,

"serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu." (al-Ahzab: 33)

Pertamanya:
Wanita yang baik tempatnya adalah dirumah. Duduk dengan tenang dan ikhlas dengan tugas-tugasnya tanpa paksaan dan sebagainya. Di rumah mereka boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin sesuai dengan fitrahnya yang diciptakan Allah. Jika mereka duduk dirumah kerana paksaan dan mencari jln untuk keluar rumah tanpa sebab, itu telah menyalahi kewajipan yang Allah tetapkan ke atas mereka. Mereka gagal menjalankan tanggungjawab dalam rumahtangga.

keduanya: Wanita dilarang keluar rumah dalam bertabarruj (berhias) seperti org jahiliyah dan hukumnya adalah haram. Maka wanita hendaklah duduk di rumah agar menjalankan tanggungjawab rumahtangga sebaik mungkin. Kalau mereka keluar rumah dengan sebab yang diharuskan sekalipun, mereka dilarang bertabarruj seperti org jahiliyah.

Wanita yg keluar rumah kerana menunaikan kewajipan syarak hukumnya wajib. Wanita yg keluar rumah kerana perkara sunat, hukumnya sunat. Wanita yg keluar rumah kerana kerana perkara harus, hukumnya harus. Wanita yg keluar kerana perkara haram, maka haramlah hukumnya.

Maka, muslimat yang keluar kerana penglibatan dalam amal islami, ada hukumnya yang tersendiri dalam syarak. Dan dalil di atas bukanlah sebab kepada kaum muslimat untuk tidak keluar melibatkan diri dalam gerak kerja amal islami.

2) Keegeoan  lelaki.
Memang tiada pertikaian hak lelaki ke atas isterinya. Lelaki lebih suka jika isterinya banyak meluangkan masa bersamanya. Balik kerja melihat rumahnya dlm keadaan kemas bersih, anak-anak dalam keadaan terjaga baik. Maka lelaki amat payah untuk bertolak ansur mengorbankan sedikit haknya ke atas isterinya untuk membenarkan isterinya keluar bersama-sama muslimat lain menimba ilmu, memberi ilmu dan melibatkan diri dalam persatuan yang mampu mengislahkan  dan membina masyarakat wanita islam.  Sikap lelaki yang berlebih-lebihan sepanjang masa dan tidak mahu bertolak ansur terhadap hak-haknya serta tidak mahu menolong sebahagian urusan rumahtanggga,  menyebabkan ramai muslimat yang lumpuh di medan amal islami. Kita selalu lupa bahawa Rasulullah sentiasa membantu isteri-isterinya dalam urusan mereka ketika mereka memerlukan.

Namun, mampukah kehidupan islam dan masyarakat islam dibina hanya dengan usaha kaum lelaki sahaja??
Mampukah wanita mendidik anak-anak agar beraqidah jika wanita itu sendiri kurang mantap dari segi aqidahnya??
Bagaimana kehangatan aqidah ini mampu dirasai kaum wanita?
Adakah dengan hanya menghidang makanan, menghias rumah, membasuh pakaian, wanita mampu memantapkan ilmu agamanya??

Hanya sebilangan kecil sahaja lelaki yang mampu memperuntukan waktu bersama anak-anak dan isterinya membincangkan isu agama, membaca quran dan tafsirnya. Namun, usaha ini masih belum mencukupi kerana ruang lingkup masyarakat wanita terlalu luas. Bukan sahaja anak-anak mereka memerlukan ibu yang terdidik dengan ilmu agama seperti ini untuk mendidik mereka, malah masyarakat juga amat berhajat kepada wanita seperti ini. Maka, menjadi satu kewajipan muslimat untuk keluar melibatkan diri dalam program kewanitaan yang boleh mengislahkan kaum2 wanita.

Rasulullah bersabda:
" Orang yang baik di antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu."


Insyaallah.. sambungan siri 2 dgn tajuk Awlawiyat amal soleh bagi wanita muslimat...