Tuesday, November 30, 2010

Diary of me (1)...

Assalamualaikum...

Kali ni, penulisan sy relate more to my life..

Sewaktu aku kecil.. semasa aku masih dibangku sekolah..
Setiap kali aku memandang orang yg lebih besar daripada aku, mesti aku kata, "tak sabanya nak jadi org besar. tak payah susah2 pakai baju sekolah, pergi sekolah.. keje dapat duit banyak, boleh beli ape je yg kita nak..."
setiap kali aku lontarkan kata2 ini, ibu mesti kata, "Kalau boleh, ibu nak jadi mcm angah.. xda banyak masalah pun nak fikir.. Angah cuma tahu main je..." masa tu, aku fikir ibu tipu.... bestnya jadi ibu.. x sabar juga nak besar...nk jd org dewasa..

Sekarang bila aku dah mencapai usia itu, aku teringat kembali kata2 ibu...."Kalau boleh, ibu nak jadi mcm angah.. xda banyak masalah nak fikir..Angah cuma tahu main je.." ibu always right!!! Patutlah ibu kata mcm tu..

Banyak rupanya ujian dan dugaan hidup ni bila aku semakin dewasa.. susah senang hidup itu semuanya ujian.. tak boleh nak lari daripada masalah.. tapi, bila aku tahu hikmah bersabar disebalik ujian itu, aku tenang.. Hati mula terpujuk.. Cuma bila di timpa kesulitan, aku memohon kekuatan daripadaMu... dan apabila pula didatangkan kesenangan, aku mohon agar kesenangan itu tak membawa aku jauh daripadaMu...

Kadang2 terasa letih bila macam-macam yg menimpa... Sekejap itu, sekejap ini... Namun, apalah sangat ujian Allah untuk kita kalau nak dibandingkan dengan ujian Allah pada Rasululah suatu masa dahulu.. Betapa hebatnya ujian Allah untuk Baginda..Ya Allah, Andaikata kali ini aku diuji lagi.. Aku mohon pada Mu Ya Allah...Agar aku bisa manghadapinya dengan lebih baik..Kau berilah aku kekuatan... Agar setiap satunya aku jalani dengan tenang...

Alhamdulillah, syukur aku padaMu Ya Allah... Aku dilahirkan dalam keluarga ini... Punya ibu, ayah, kakak dan adik2 yang baik2 belaka, yg memahami... Merekalah antara sumber kekuatanku tatkala diri diuji.. Didikan ibu, ayah, dan guru2 pada kami, banyak membantu kami untuk lebih kenal siapa diri kami sebenar.. Syukur Alhamdulillah... Allah merencanakan kami untuk hidup dalam keluarga ini, bertemu adik-beradik, berpisah menuntut ilmu, berjumpa murabbi masing2 di sekolah, menuntut segala ilmu yg mendidik jiwa, mengukuhkn lagi biah solehah dalam keluarga... MasyaAllah, begitu cantik Allah mengatur semuanya.. dan aku bermohon agar dengan izinMu, biah solehah itu akan berkekalan walau apapun yg berlaku antara kami... Satukanlah hati2 kami..Syukur Alhamdulillah...

Kerjayaku... Aku bakal guru Insyaallah... Tatkala bersemuka dengan sepupu2 yg lama x ketemu, keluarga2 yg jauh2, bercampur dgn org2 tua yg agak maju pendidikannya, perbincangan soal kerjaya x pernah tinggal. Dan kata2 pakcik kerjaya guru medium terbaik untuk berdakwah, x pernah aku lupakan. Tetapi sebenarnya, itu antara ujian yg perlu dipikul.. (ini pun kena fikir. anak2 kecil x tahu)...pendidikan sekularisme yg membawa anak2 makin jauh dgn penciptanya itu merupakan cabaran terbesar... pakcik kata itu yg perlu guru2 perbetulkan. bukan setakat mengajar tetapi perlu mendidik. Anak2 tidak tahu apa2, cuma menerima.. Jadi, gurulah yg perlu menyentuh hati  mereka dan mencorakkannya..

Aku tahu, jauh lagi perjalananku.. Namun, lama sudah aku berfikir... Kadang2 menjadi tajuk perbualan kami adik beradik... Jauh di sudut hati ni, alangkah baiknya kalau aku bertemu dgn seseorang yg boleh sama2 bergerak sbg daie selain dgn kerjayanya.. Dalam satu keluarga boleh berbincang soal agama.. boleh merujuk satu sama lain.. Bersedia bertindak sbg pendorong dan penguat semangat.. Tp, aku sedar diriku masih banyak kekurangan.. Banyak lg yg perlu diperbetulkan..

Kesimpulannya, semakin kita meningkat dewasa, tanggugjawab kita semakin besar.. Kita tidak boleh bermimpi akan menjadi kanak2 semula.. kita kena pandang ke depan.. kita kena bersedia menghadapi walauapapn ujian yg datang. Kita anggap bahawa setiap ujian yg datang itu merupaka tarbiyah daripada Allah untuk kita.. Kita tidak boleh lari daripada masalah.. kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab yg telah diamanahkan... seorang ustaz pernah berpesan, "Carilah kekuatan kamu itu dalam Tajjud... Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuannya... Banyakkanlah bertahajjud" (peringatan untuk si penulis)..

Wassalam...

Tuesday, November 23, 2010

utara selatan timur barat(",)

Assalamualaikum....



Usai solat maghrib berjemaah, kami sekeluarga mengadakan halaqah... tajuk perbincangan kali ni agak hot... berkaitan jodoh...
Pertamanya, ibu menjelaskan pada kami adik beradik bahawa semakin hari, kami semakin besar, kami semakin matang... dan semestinya perbincangan soal jodoh ini, bukanlah menjadi suatu yang luar biasa... Menyentuh soal jodoh, sememangnya lumrah seorang wanita mengharapkan seorang calon suami yang soleh, penyayang, penyabar, memahami, mampu untuk memimpin dirinya, anak-anak serta keluarga dan yang paling penting dapat membentuk sebuah keluarga sakinah yg diberkati Allah..

Namun dengan cara bagaimana?? kata ibu, perbaiki diri masing-masing.. if you want to change something, you must change first... samalah juga jika kita mengharapkan sesuatu yg baik, kita perlu jadi baik terlebih dahulu.. Janji Allah... Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Kata orang, jodoh tu x perlu dicari.. semua Allah dah tetapkan.... 
Habis tu, mcm mana pula dgn rezeki.... Allah juga telah tetapkan rezeki masing-masing.. Adakah tidak perlu dicari??? Orang kata..." "beras secupak takkan jadi segantang..."
boleh pakai ke pepatah ni??? Bagi saya, beras secupak boleh jadi segantang kalau kita berusaha and have willing to do that, to get more than that... betul tak?? samalah macam jodoh..... Ibu kata, jodoh juga perlu dicari.. tp dgn cara yg betul.. Mengikut syariat.. Berdoa untuknya selalu... Allah kurniakan mata untuk melihat, Allah kurniakan telinga untuk mendengar, Allah kurniakan mulut untuk bertanya, Allah kurniakan hati untuk menilai, Allah kurniakan akal untuk berfikir... Gunakanlah nikmat yg diberikannya sebaiknya..

Teringat pada kata-kata seorang ustazah... "Kita tidak boleh menangguh waktu kematian yang telah ditetapka Allah... Tetapi, kita boleh mengubah cara dan keadaan kematian kita dengan cara berdoa..." Samalah seperti jodoh yang telah Allah tetapkan.. kita tidak boleh mengubah jodoh yang telah ditetapkan Allah S.W.T, tetapi kita boleh memohon kepada Allah dengan cara berdoa dikurniakan seorang calon suami yg mempunyai perwatakan yg soleh seperti yang kita mahukan...

Ibu juga berpesan, setiap yang anak-anak ibu miliki sekarang ini, dan yang akan anak-anak ibu miliki, semuanya itu adalah ujian... Seandainya satu hari nanti anak-anak ibu memiliki suami masing-masing.... kebaikan yang ada padanya itu ujian... dan keburukannya itu juga ujian... sesuatu yg Allah berikan, itulah yang terbaik... Bijaklah berfikir untuk sebuah kebahagiaan rumahtangga.. Dekatkanlah dirimu dengan Allah.. Allah telahpun memberikan petunjuk untuk mencapai kebahagiaan itu, melalui ayat-ayatnya di dalam Al-Quran, melalui sejarah-sejarah para nabi dan sahabat-sahabat baginda... Ibu suruh kami berfikir semua tu...Binalah kekuatan daripada sekarang untuk bersedia menghadapi pelabagai kemungkinan yang bakal berlaku...

Sesungguhnya, setiap sesuatu yang Allah S.W.T telah rencanakan untuk kita, ada tujuan dah hikmah disebaliknya.. Kita perlu berusaha dan tidak boleh berserah pada takdir semata-mata... Meminta petunjuk daripadaNya adalah jalan terbaik selain berusaha... Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada pengetahuanNya..

kata-kata ibu yang amat menyentuh perasaanku, "Ibu doakan anak-anak ibu bertemu jodoh yang soleh , yg baik.. ibu cuma ada sorang je anak lelaki.. yg lainnya semua perempuan... Alangkah baiknya kalau bila ibu pergi satu hari nanti, jenazah ibu akan diusung oleh anak lelaki dan menantu-menantu ibu yang soleh.." Sayupnya hati mendengar kata-kata ibu... "Ibu doakanlah untuk kebahagiaan kami semua adik beradik... InsyaAllah doa daripada seorang ibu kan lebih didengari Allah.. senang makbul."secara berseloroh kami katakan pd ibu untuk hilangkan rasa sedih......

Namun hatiku berkata, perkara pertama yg perlu dilakukan sebelum melangkau kegerbang kehidupan berkeluarga adalah menjaga hubungan kita dengan tuhan.. Muhasabah diri, perbaiki diri  bukan kerana mengharapkan seorang suami yg soleh, tetapi kerana cintanya kita pada Allah.. Aku faham maksud ibu td.. Kerana apa?? Bila kita melakukan sesuatu kerana org lain, perubahan itu tidak akan berkekalan walaupun kita telah dapat apa yg kita harapkan.. Namun bila dilanda ujian, perubahan yg dilakukan mungkin akan goyah ataupun hilang.. Tetapi jika perubahan yg dilakukan sebab kita betul-betul cintakan Allah, perubahan itu pasti akan berkekalan... kerana apa?? sekali kita sayang padaNya, beribu kali Dia akan sayang pada kita.... Cinta kita sememangnya terbalas.. Dan Allah bersifat hakiki.. Tidak akan fana.. Sentiasa ada di mana-mana di samping kita....

 
Banyak lagi yang dibincangkan... cuma kalau nk diluahkan semuanya, panjang lebarlah jadinya... Cukuplah setakat ini.. Sekadar perkongsian ilmu yang tidak seberapa.. Jika ada kekurangan dan penambahan atau pembetulan yang nk dikongsikan, boleh la bagi.. dialu-alukan...... Syukran Jazilan wa jazakallahukhairan kathiran...

Monday, November 22, 2010

Simon juniors' cake...

Assalamualaikum...

Hari Isnin, jam 8.15 pagi....

Angan-angan nak mencuba resepi kek baru tiba2 datang.. Tapi, malas nk ke kedai... uhh...
"Angah......" ibu panggil tiba-tiba... "ye.. knp....."aku sambut... "Angah, xnk try ke resepi kek yg angah minta daripada zaujah ustaz angah hari tu??" ibu tanya.... Aku senyum je... "ibu mcm tau je ape yg ada dalam kepala aku sekarang.."aku bermonolog..... "Nanti boleh bawakan untuk kak dayah masa majlis kahwin dia.."

Hari Isnin, jam 10.00 pagi...

Keluar mencari bahan2 membuat kek... punya la susah nak mencari 'cooking chocolate'.. sampai ke Rengit aku p mencari... adess.. "Angah, alang-alang dah sampai sini, jom kita p bank draw duit?? Nanti x payah nak ulang-alik lagi ke sini" ibu kata.. "jom la, angah ikut je.."

Tiba je kat bank tu.. "Kak, bank ni memg tutup ke hari ni??" aku tanya pada sorang kakak yg lalu kt depan bank tu... "Adik.... hari ni kan hari keputeraan sultan Johor.." kakak tu menjawab sambil tersenyum... "alamak, ye ke... dh lama meninggalkan Johor, mana la aku tahu.. ibu pn satu, lupa la tue... malunya..." aku bermonolog..

Hari Isnin, jam 3.00 petang..

Mula membuat kek.. Syoknya memutar telur, planta, dgn gula... wah2, dah kembang.... cantik2... putih gebu... hehe... putar lagi, putar lagi, putar lagi.. tiba2... kerek...kerek... mesin pemutar aku hangit berasap... "adui, kenapa pulak nie... abis la kene marah sebab mesin ni rosak..." aku bermonolog...

mengetuk menggoncang mesin dgn harapan mesin boleh berfungsi semula... ceh2.. wah.. boleh pusing la mesin ni.... sambung memutar... "meh..meh.. along nak buat..."along aku datang nak mencuba... Dengan muka hebatnya, dia mengacukan pemutar pada adunan.. tiba2............ aaaaaaaaahhhhhh..... adunan cokelat aku dlm mangkuk berterbangan.. bersepah, berlepet-lepet kat lantai, kat dinding, kt meja.... adesss... habisla kek aku kali ni..... masing2 tengok satu sama lain.... kami tergelak sakan... best jugak jahanamkan kek ni... kek terbang melayang.. hahaha..




"ibu, nak bakar kek ni guna bekas ni boleh??" aku bertanya... "muat ke guna bekas tu?? try la..." "ala.... x muat la..." terpaksala aku menggantikan bekas yg baru.. dah la adunan kek tinggal sikit akibat berterbangan, ni makin bertambah sikit la jadinya sebab main tukar2 bekas.... asyik x muat je nk masuk dlm oven... uuhhh.. banyaknya cubaan nk buat kek kali ni.... penat...

Isnin, 6.00petang...

selepas kek dibakar... wah.... cantiknya kek ni... siap buat 'toping', kami adik beradik pegang sorang satu sudu meratakan chocolate di atas cake... wah... x sabarnya nk mkn.. "lamanya aku buat kek kali nie.." aku bermonolog.... hahha... mesti sedap ni, sbb bnyak tangan... (",)

inilah kek yang telah siap di bakar... look nice... uhhu..
Isnin, 6.30 petang..

Aiman mengisytiharkan ini kek dia..... "ini kek aiman.. hari lahir aiman.. aiman kn dapat no satu jugak..." aiman bagi alasan supaya kek ni menjadi miliknya.. uhuhu.. "ambiklah ko...."

inilah budak kecik yang cerdik... tergedik-gedik tak sabar memotong kek..

Sayang simon's junior sorang nie... haha.. sukati aq je...

Alhamdulillah... akhirnya siap juga buat kek chocolate ni... walaupun mcm2 yang jadi... tulah rahsia kek sedap... hahah... kek kasih sayang.. kami adik beradik kerjakan... sedap.. sedap.. sedap...


Wednesday, November 17, 2010

Inikah kita sekarang???

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidiladha saya ucapkan.. Semoga Aidiladha ini memberi kesedaran kepada kita tentang erti pengorbanan yang sebenar... Menyingkap kembali sejarah ketaqwaan Ibrahim yang patut dicontohi.. Kesetiaan Siti Hajar serta ketaatan nabi Ismail a.s... Membuka helaian sejarah yg menyebabkan tercetusnya Aidiladha ini...

Namun begitu, post kali ini tidaklah dikhususkan untuk mengupas sejarah hari raya haji, tetapi dalam post kali ini saya ingin mengetengahkan mentality masyarakat kita hari ini terhadap kemajuan , ketamadunan yg dibangga- banggakan...

Kita berbangga dengan kemajuan yg dikecapi hari ini.. Kita berbangga bahawa kononnya, kita semakin bertamadun.. Kita berbangga kononnya kita semakin maju.. Kita berbangga kononnya kita semakin pandai.. Kita berbangga kononnya kita semakin mencapai matlamat yg diinginkan .. Namun apa yg terjadi terhadap mentality kita??? semakin maju??  atau semakin jahil???

Hari ini, hiburan, sukan, seks semakin diagung-agungkan.. Lihat sahaja di dada akhbar, kira berapa banyak rasuah?? berapa banyak kes curi, rogol, bunuh dan sebagainya... Hari ini jenayah semakin dipandang suatu yang biasa... Pada aku, itu sangat bahaya... Mana hilangnya rasa peri kemanusiaan, mana hilangnya rasa kasih sayang, mana hilangnya rasa takut pada tuhan, mana hilangnya maruah seorang islam.... Inikah yg kita agung-agungkan?? inikah yg kita katakan kemajuan?? adakah kita sudah maju?? atau kita semakin jahil??

Apa yang lebih memilukan dan menyentuh hati dan perasaan.. Kita semakin hilang rasa persaudaraan sesama Islam... Ada yg sanggup bertindak seperti gunting dalam lipatan... Menindas saudara sendiri.. Mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain... Kerana apa?? kerana tamakan harta dunia yg sementara...

Tidak kurang pula pada yang menyisihkan pemberi ilmu... Tatkala seorang yg berilmu menyampaikan kuliah, ada pula yg tidak mahu mendengar.. Tatkala, solat berjemaah, ada pula yg tidak mahu turut serta.. tatkala seseorang membaca doa, ada pula yg tidak mahu mengaminkannya.... Menghina pemberi ilmu... Difitnahnya pemberi ajaran sesat... . Bila ditanya sebab apa?? Politik alasannya.... Tatkala ada yg bertanya soal agama dalam suatu majlis ilmu, ada yang mengetawakan seolah-olah 'bodonya org yg bertanya itu'.. seolah-olah yg mentertawakan itu sudah tahu semuanya.. kerana apa?? kerana mereka merasakan diri mereka terlalu sempurna... Sedih hati bila mendengarnya... Jahilnya manusia.. Rendahnya mentality kita... inikah yg kita banggakan??? fikir-fikirkanlah....

Sama-samalah kita penuhi ilmu agama di dada agar tidak mudah terpedaya dan hanyut dalam kealpaan... kita manusia sering lupa... Oleh itu, dekatkanlah diri kita selalu denganNnya walau bagaimana cara sekalipun agar diri kita sentiasa terpelihara... Elakkanlah jiwa dikotori titik noda hitam yg menggelapkan jiwa dan yang mengeraskan hati menjadi seperti batu... Terimalah hakikat bahawa kita adalah pengembara di bumi tuhan, mengutip seberapa banyak pahala amalan sebagai bekalan di dunia yg kekal abadi... Kita semua sama.. Bukan pangkat dan harta yg menjadi ukuran, tetapi iman dan taqwa yang membezakan kita di sisi tuhan...

Ya Allah, kau peliharalah kami.....

Tuesday, November 2, 2010

Post lama, Publish baru...


Post ni sebenarnya lama dah bersarang dalam draft.. tp baru nak post hari ni kan....

Aku bersyukur kepada Allah kerana tatkala dalam ramai2 insan yang ada di luar sana, Allah masih memilih untuk menyentuh hatiku untuk merasai kemanisan usrah ini… Sejak meninggalkan alam persekolahan yang aku cintai (SAKTI), aku amat rindukan usrah… kekuatan dan ketulusan ukhwan yang terbina susah untuk dicari ganti…. Orang kata, yg patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.. tp, suasana usrah di sekolah dulu, tetap tiada penggantinya, tiada tandingannya… Usrahlah menjadi tempat meluahkan perasaan, merungkai segala keraguan, mengenal diri sendiri, belajar menghargai, belajar tentang hakikat kehidupan, mcm2 lg lah…  aku amat rindukan suasana itu….

Selama aku meninggalkan usrah, baru aku tahu betapa nikmatnya usrah itu… aku rindukan perkongsian ilmiah, aku rindukan kata-kata semangat, aku rindukan teguran, aku rindukan sentuhan hati daripada insane-insan yang lebih berilmu, aku rindukan semua itu…. Betapa aku kehausan dengan pengisian seumpama ini, aku tercari-cari dan berterusan mencari, dimanakah tempat yg sesuai untuk menjadi pembimbing pada diriku yang selalu lalai…

Kenapa aku beria-ia sangat mencari usrah?? Hanya satu harapanku, Redha Allah…. Daripada ilmu yg tidak seberapa ni, aku hanya boleh mengatakan jadikanlah redha Allah sebagai matlamat tertinggi yg mesti diraih. Apabila kita telah meluruskan niat kearah itu, maka Cinta Allah kita akan rasakan sangat dekat dengan diri kita.. Sedarkah kita bahawa apabila Allah mencintai kita, Allah akan membuat semua hambaNya mencintai kita… aku tidak mahu terus leka, aku tidak mahu lari jauh denganMu, aku tidak mahu tersasar jauh dengan rahmat dan kasih sayangMu… setiap hari aku berdoa agar aku ditemukan dengan saluran yang betul….

Akhirnya, Allah memakbulkan doaku dengan menemukan aku dengan usrah.. walaupun dengan pendekatan yang agak berbeza, aku amat bersyukur… sekurang-kurangnya, ada tempat untukku mendengar dan berkongsi ilmu2 yang bermanfaat yang mendidik jiwa.. Aku bersyukur kerana Allah tidak membiarkan aku terus bebas seperti layang-layang yang terbang tidak bertali..

Aku seorang insan yang gemar diam dan memerhati melainkan diberi peluang untuk berkata-kata…  Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang ada, carilah usrah sebagai salah satu medium yang boleh mengawal tingkah laku kita… yang boleh kawal kebebasan yang kita ada… yang boleh membantu kita supaya sentiasa rasa dekat denganNya… title sebagai ahli usrah dapat mengawal kita daripada melakukan perkara-perkara di luar batasan.. kita akan rasa malu… Biasanya malu dengan sahabat2 usrah dan yang paling penting kita akan rasa malu dengan Allah… Usrah juga membantu kita memberitahu apa yg kita x tahu…  Tanpa disedari, usrah membantu menambahkan ilmu kita.. tahukah kita, semakin bertambah ilmu, semakin takut kita dengan Allah…. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa… (saya pn bukanlah sempurna, tetapi sama2 ingat mengingati.. pandanglah apa yg dikatakan, dan janganlah pandang pada siapa yang berkata-kata)

Sama2lah kita memperbaiki kelemahan diri sedikit demi sedikit.. sama2lah kita bawa diri kita dekat denganNya… Sama2lah kita berdoa mohon hidayahNya bila kita rasakan kita semakin jauh dengan rahmatNya… Kita tidak tahu, bilakah kita akan kembali semula kepadaNya.. Mungkin esok, lusa…  

Kesimpulannya, carilah usrah dan apa2 sahaja yg boleh membantu mengawal diri kita supa tidak hanyut dan tertipu dengan kenikmatan dunia yg sementara…  dan rasailah sendiri kemanisan usrah itu… Sesungguhnya setiap kata2 ini adalah ditujukan untuk hati dan diriku sendiri.. Wasalam…