Saturday, March 26, 2011

Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan...

Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com
JoM DenGar LagU Nie...


Terdengar suara azan
Tinggalkan semua urusan
Ayuh-ayuh mari teman
Laksanakan perintah TUHAN
Namun kau katakan nanti
Nanti sekejap lagi
Kau sering katakan tunggu
Atau pergi dahulu


Bergema alunan azan
Puji kebesaran TUHAN
Ayuh-ayuh semua insan
Mari menuju kejayaan
Namun katamu tiada waktu
Biar saja berlalu
Dibuai helah duniamu
Seakan tak bersyukur

Manusia terlena dalam mimpi indah
Cinta dunia yang fana
Hanya sementara
Insan terlupa janji kepada TUHANnya
Terus mendustakan kurniaan Maha Esa

Terdengar suara azan
Tinggalkan semua urusan
Ayuh-ayuh mari teman
Laksanakan perintah TUHAN
Namun kau katakan nanti
Nanti sekejap lagi
Kau sering katakan tunggu
Atau pergi dahulu
Bersama kita junjung
Seruan lima waktu
Moga teguh dan padu
Tunjang agamamu

Manusia terlena dalam mimpi indah
Cinta dunia yang fana
Hanya sementara
Insan terlupa janji kepada TUHANnya
Maka nikmat TUHANmu yang manakah
Telah engkau dustakan

Thursday, March 17, 2011

Peristiwa 16-17 mac 2011

Assalamualaikum...

Setelah lama menyepi, akhirnya ter'update' juga blog ni.. Thanks kepada  bro Hilmi yang menggesa.
Kali ni saya nak menulis mengenai pengalaman menghadiri konvo anak sulung Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Terlalu banyak pengalaman dan input yang sepatutnya kita tahu mengenai program ni... Memandangkan PISMP ni satu program baru, kita sepatutnya mengambil tahu banyak perkara untuk kegunaan kita menghabiskan lagi sisa 5 sem di IPG..  Masih belum terlambat untuk kita mengetahui semua ini....




Graduan IPG Kent


Ni adalah beberapa sedutan gambar yang diambil semasa konvo. Banyak sebenarnya gambar, cme mls nk upload sbb internet tersangatlah laju.

Melihat seniors menamatkan pengajian dan selamat menerima ijazah merupakan suatu kebanggaan. Tak sabar rasanya nk grad. Tahniah untuk seniors yang berjaya dengan cemerlang.. Semoga kalian berasa lebih bersemangat untuk menjalankan amanah sebagai seorang guru selepas menerima penganugerahan ini...

Sahabat2..
Di sini saya ingin berkongsi tentang prestasi kita sebagai pelajar di IPG. Untuk pengetahuan, level yang ditetapkan IPG untuk kita mendapatkan First Class Degree sangatlah tinggi..
3.80-4.00   Ijazah kelas pertama
3.60-3.79   Ijazah kelas kedua atas
2.00-3.59   Ijazah kelas kedua bawah

Untuk mendapatkan kelas pertama bukanlah suatu yang mudah. Kita perlu aktif dalam koko, kepimpinan dan memberi sumbangan kepada institut. Jadi, persepsi kita untuk excel dalam akademik sahaja perlu diubah.. Banyak lagi lagi anugerah2 yang disampaikan antaranya anugerah pelajar terbaik untuk setiap course... Anugerah pelajar terbaik koko, pelajar terbaik praktikum, pelajar terbaik kepimpinan dan yang paling best, anugerah emas terbaik keseluruhan... Memang sangat2 bertuahlah siapa yang dapat anugerah ni... Mesti tak sabar2 nak sambung master pulak kan... So, pilihlah anugerah mana yang kita nak... Tunggu apa lagi, gunakanlah kudrat dan usaha yang ada....
Kebiasaannya, klu kita dapat kelas pertama ni, tujuk result je KPM tak teragak2 nak taja kita sambung master... wah.. wah.. best.. best...

Sebenarnya, ada lagi perkara yang nk dikongsi.. tp, ketandusan idea dan ilham menyebabkan sy x mampu untuk menulis.. Cuma setakat ni, rasanya cukuplah kita tahu yang ni shja.. 
Kawan2.. Selamat menyambung kuliah mgu depan.. Harap dengan semangat yang lebih berkobar2 untuk kita capai yang terbaik..

Namun, jgn kita lupa bahawa Allah adalah tujuan utama kita.. Bukan kita bermaksud tidak perlukan penganugerahan di dunia, cuma yang pertama kita perlu kejar adalah berkat daripada Allah..
Kita belajar bersungguh-sungguh kerana tuntutan dan keredhaanNya bukan kerana pangkat atau gaji semata. Kerana bila kita kecundang, kita tidak akan putus harapan dan apabila kita berjaya kita tidak lupa daratan. Jadikanlah Allah sebagai sandaran utama untuk kita berjaya didunia dan akhirat....

Semoga kita terus kuat, bersemangat....... Takbir!!!!!!

Saya akan datang.. InsyaAllah..