Thursday, February 17, 2011

Khas Buat yang disayangi...

Assalamualaikum...

Coretan ini khas buat adik yang dikasihi, Nur Faeza...

Tatkala kita lahir di dunia, bermaksud kita telah bersedia untuk diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.. Kita telah berjanji dengan Allah untuk taat kepadaNya sejak kita di alam rahim lg.. Kalimah Lailaha illallah menyatakan kesetiaan dan ketaatan kita padaNya. Manakala syaitan pula telah bersumpah dihadapan Allah untuk terus menyesatkan manusia..

Perasaan tak, rasa lemah dalam diri itu wujud atas bisikan syaitan..?? Kita semak kembali amalan-amalan kita selama ini.. kita scan balik hati kita..  Apa niat kita?? betulkan semula niat kita.. Apa yang menyebabkn kita lemah??

Kakak mana yg mahu melihat adikny dalam duka.. Percayalah bahawa Allah melihat setiap pengorbanan yg ejah lakukan. Buku, meja, kerusi dan apa sahaja yang ada di sekeliling turut menjadi saksi terhadap usahamu itu. Apa yg ejah rasakan sekarang, merupakan ujian untuk ejah.. Ejah down?? Ejah stress?? xpe.. bangkit semula dik.. klu ejah terus mengalah, maksudny ejah tunduk dengan kelemahan yg syaitan bisikan.. Sanggup ke nk mengalah dgn syaitan??

Nasihat angah, jangan mengalah. Apalah sgt sakit yg kita hadapi klu nk dibandingkan dengan penderitaan Rasulullah dan sahabatny dulu... Baginda dicaci, di cerca, diancam bunuh dan sebagainy... Nabi Ibrahim pula yg dibakar tubuhny dengan api.... Kaji semula sejarah mereka.. Di saat mereka diuji, kepada Allah lah tempat mereka meminta pertolongan.. Yakinlah dengan pertolongan Allah.. Allah sahaja yang dapat membantu menguatkan jiwa dan mengembalikan kekuatan ejah... Minta pertolongan Allah.... Usaha, doa dan tawakal haruslah seiring.. Jangan tinggalkn walau satu pn daripadanya... Percayalah bahawa setiap tangisan akan berakhir dgn senyuman, setiap kegelisahan akan berakhir dengan kedamaian dan setiap kesulitan akan ada kemudahan..

(surah Ali-Imran: 173-174):
".....cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia. (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. dan Allah mempunyai kurnia yang besar.

Ketika Rasulullah dirunding masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabbah r.a:
"Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat." (Al-hadith)

Solat mampu memberikan ketulusan iman dalam hati setiap insan sehingga kita mampu redha terhadap apa sahaja ketentuannya. Jika kita mampu berfikir, salah satu nikmat Allah yang paling besar ialah mengerjakan solat 5 waktu dimana dosa2 akan terhapus, darjat kita akan diangkat di sisi tuhan, di samping mengubati rasa sedih. Lg satu, jgn lupa pesan angah, banyakan solat tahajud... carilah fadhilat bertahajud..


"Ejah, jadilah benih yang bernas, seribu tahun dijemur panas, digetus getas binatang buas, tetap tumbuh mencetus tunas.."


Ikhlas drp angah....