Tuesday, December 28, 2010

Happy Anniversary.....

Assalamualaikum....

Sedar tidak sedar, cuti semester pun dah nak berakhir. Seperti biasa, klu dah lama kt rumah ni, hati berat je nak balik semula ke ipg... Tp, bila dh ada kt sana, malas sgt nak balik rumah... (nampak mcm melampau, tp itulah sy)
Banyak aktiviti yg dilakukan untuk mengisi kekosongan masa cuti ni.. Tapi yang paling best, sambut anniversary ibu dgn ayah.. Perancangan yg rapi telah dibuat.. AJK yg trdiri daripada kami 7 beradik telah diagihkan....
(jgn jeles). Kami ada 'Pengarah Program' yg trdiri drp along, AJK makanan iaitu angah, AJK kad ucapan yg trdiri daripada Alia dan Ira, AJK Publisiti Ejah, AJK Khas Nadia, dan AJK Bocor Rahsia, Aiman.....


 Ini adalah persiapan kad yg dibuat pada pukul 2 pagi hingga subuh... Adik2 ni sanggup tak tidur kerana sekeping kad untuk ibu ayah tercinta.. Katanya klu buat siang2 nnti ibu dgn ayah tahu....
Tapi ape nak buat, Aiman telah bocorkn rahsia sebaik sahaja dia bangun dari tidur...



Ini adalah muka hadapan dan muka belakang kad ucapan.. Ilham untuk membuat kad ni telah dicetuskan sendiri oleh Ira dan Alia... Cantik sgt kad ni tau...


Ini adalh persediaan untuk makan2 nnti... Makanan ni semuanya telah ditaja sepenuhnya oleh Pengarah Program... Thanks Along.... (",)


Nampak tak kek tu..? Angah yg buat.. sedap tau!!!! hahha.. angkat bakul.. Kek ni menjadi antara bahan penting dlm majlis ni setiap tahun sbg suatu yg istimewa daripada kami 7 beradik..

Ini pula majlis doa selamat sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yg ke-24... Bacaan doa telah diketuai oleh ayah..  Semoga kebahagiaan ini akan dikecapi hingga ke akhir hayat....



Inilah gambar ibu dgn ayah.... Luv you Mom and Dad... Tanpa kamu siapalah kami hari ini.... Terima kasih Allah kerana telah memberikan kami ibu dan ayah yang sanggup melewati duri kehidupan semata-mata untuk membesarkan kami. Ya Allah, walau bagaimanapun caranya kami tetap tidak mampu membalas jasa mereka. tapi apa yang pasti kami tetap akan berusaha sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik dalam pelajaran kami sebagai salah satu cara kami membuktikan rasa cinta dan penghargaan atas apa yang mereka lakukan selama ini.. Kami harap Ya Allah, kau bantulah kami menggapai kejayaan demi melihat seukir senyuman manis daripada ibu dan ayah. Dengan seukir senyuman itu sudah cukup menyenangkan hati kami..
Ya Rabbi.kau titpkanlah rasa rindu dan kasih kami kepada orang tua kami dengan kasih sayang serta barokah daripadaMu kepada mereka .....


Ikhlas daripada kami 7 beradik.....


Sekian....

Thursday, December 23, 2010

Kadang-kadang takdir memberikan kita sesuatu yg tak diundang..
Kadang-kadang takdir memberikan kita sesuatu yang tak dirancang..
Kadang-kadang takdir menyebabkan kita rasa kehilangan..
Kadang-kadang takdir menyebabkan kita kecewa..
Kadang-kadang takdir menyebabkan kita mengalirkan air mata kesedihan..

Namun...
Takdir juga..
mengajar kita menjadi lebih dewasa..
belajar daripada pengalaman...
menghargai sesuatu pemberianNya..
mengajar kita erti syukur...
membawa kita lebih dekat denganNya..
dan....
menerima hakikat...
bahawa...
Dialah (Allah) Pencipta, Pemilik dan Penguasa teragung....

Aku pautkan jiwaku pada yg Esa...
Hanya padaMu ku sandarkan segala harapan...