Saturday, May 29, 2010

TiDaK TerLaLu MeNcaRi KeSeMpuRnaaN...



Setelah kamu memberi harapan kepada seseorang..
dan dia mula menyanyangi dirimu...
hendaklah kamu menjaga hatinya...
Jangan sesekali kamu membiarkan dia begitu sahaja..
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu..
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada..
Janganlah terlalu mengharap pada takungannya untuk memenuhi semua kehendakmu itu dan ini..
dan janganlah menganggap bekas tadahan kamu itu kukuh untuk selamanya..
Cukuplah sekadar takunganmu itu, memenuhi keperluanmu..
kerana jika bekas tadahanmu rosak, mungkin amat sukar untuk dibaiki..
dan kemungkinan bekas itu akan dibuang...
Sedangkan jika kamu menjaganya dan cuba membaikinya,
semestinya bekas itu bolah digunakan semula dan bersedia berbakti untukmu..

Samalah sekiranya kamu memiliki seseorang...
Terimalah dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengharapkan kesempurnaan darinya..
dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa..
Anggaplah dia juga manusia biasa sepertimu..
Kerana apabila yang hampir denganmu melakukan kesilapan, bukan mudah untuk kamu menerima..
boleh jadi kamu akan meninggalkannya..
tetapi jika kamu memaafkannya, kemungkinan hubungan kamu akan kekal ke akhirnya..

Jika kamu diletakkan di satu taman bunga yang luas..
kamu diminta mencari sekuntum bunga yang paling cantik..
kamu telah temui bunga yang kamu pasti ia cantik,
Tetapi kamu berlengah mencari yang lebih baik, paling baik, dan terbaik..
Kelak bunga yang satu itu akan hilang..
dan kamu tidak akan temuinya lagi...


Begitu juga jika kamu bertemu dengan insan yang kamu pasti memberi kebaikan kepadamu...
Menyanyangimu.... Mengasihimu... Ikhlas menerima dirimu seadanya...
Mengapa harus kamu berlengah..
membandingkan dirinya dengan yang lain..
terlalu mencari kesempurnaan...
Kelak kamu mungkin akan kehilangannya apabila dia telah menjadi milik yang lain...
Kamu juga yang akan menyesal..