Wednesday, November 17, 2010

Inikah kita sekarang???

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidiladha saya ucapkan.. Semoga Aidiladha ini memberi kesedaran kepada kita tentang erti pengorbanan yang sebenar... Menyingkap kembali sejarah ketaqwaan Ibrahim yang patut dicontohi.. Kesetiaan Siti Hajar serta ketaatan nabi Ismail a.s... Membuka helaian sejarah yg menyebabkan tercetusnya Aidiladha ini...

Namun begitu, post kali ini tidaklah dikhususkan untuk mengupas sejarah hari raya haji, tetapi dalam post kali ini saya ingin mengetengahkan mentality masyarakat kita hari ini terhadap kemajuan , ketamadunan yg dibangga- banggakan...

Kita berbangga dengan kemajuan yg dikecapi hari ini.. Kita berbangga bahawa kononnya, kita semakin bertamadun.. Kita berbangga kononnya kita semakin maju.. Kita berbangga kononnya kita semakin pandai.. Kita berbangga kononnya kita semakin mencapai matlamat yg diinginkan .. Namun apa yg terjadi terhadap mentality kita??? semakin maju??  atau semakin jahil???

Hari ini, hiburan, sukan, seks semakin diagung-agungkan.. Lihat sahaja di dada akhbar, kira berapa banyak rasuah?? berapa banyak kes curi, rogol, bunuh dan sebagainya... Hari ini jenayah semakin dipandang suatu yang biasa... Pada aku, itu sangat bahaya... Mana hilangnya rasa peri kemanusiaan, mana hilangnya rasa kasih sayang, mana hilangnya rasa takut pada tuhan, mana hilangnya maruah seorang islam.... Inikah yg kita agung-agungkan?? inikah yg kita katakan kemajuan?? adakah kita sudah maju?? atau kita semakin jahil??

Apa yang lebih memilukan dan menyentuh hati dan perasaan.. Kita semakin hilang rasa persaudaraan sesama Islam... Ada yg sanggup bertindak seperti gunting dalam lipatan... Menindas saudara sendiri.. Mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain... Kerana apa?? kerana tamakan harta dunia yg sementara...

Tidak kurang pula pada yang menyisihkan pemberi ilmu... Tatkala seorang yg berilmu menyampaikan kuliah, ada pula yg tidak mahu mendengar.. Tatkala, solat berjemaah, ada pula yg tidak mahu turut serta.. tatkala seseorang membaca doa, ada pula yg tidak mahu mengaminkannya.... Menghina pemberi ilmu... Difitnahnya pemberi ajaran sesat... . Bila ditanya sebab apa?? Politik alasannya.... Tatkala ada yg bertanya soal agama dalam suatu majlis ilmu, ada yang mengetawakan seolah-olah 'bodonya org yg bertanya itu'.. seolah-olah yg mentertawakan itu sudah tahu semuanya.. kerana apa?? kerana mereka merasakan diri mereka terlalu sempurna... Sedih hati bila mendengarnya... Jahilnya manusia.. Rendahnya mentality kita... inikah yg kita banggakan??? fikir-fikirkanlah....

Sama-samalah kita penuhi ilmu agama di dada agar tidak mudah terpedaya dan hanyut dalam kealpaan... kita manusia sering lupa... Oleh itu, dekatkanlah diri kita selalu denganNnya walau bagaimana cara sekalipun agar diri kita sentiasa terpelihara... Elakkanlah jiwa dikotori titik noda hitam yg menggelapkan jiwa dan yang mengeraskan hati menjadi seperti batu... Terimalah hakikat bahawa kita adalah pengembara di bumi tuhan, mengutip seberapa banyak pahala amalan sebagai bekalan di dunia yg kekal abadi... Kita semua sama.. Bukan pangkat dan harta yg menjadi ukuran, tetapi iman dan taqwa yang membezakan kita di sisi tuhan...

Ya Allah, kau peliharalah kami.....