Tuesday, November 30, 2010

Diary of me (1)...

Assalamualaikum...

Kali ni, penulisan sy relate more to my life..

Sewaktu aku kecil.. semasa aku masih dibangku sekolah..
Setiap kali aku memandang orang yg lebih besar daripada aku, mesti aku kata, "tak sabanya nak jadi org besar. tak payah susah2 pakai baju sekolah, pergi sekolah.. keje dapat duit banyak, boleh beli ape je yg kita nak..."
setiap kali aku lontarkan kata2 ini, ibu mesti kata, "Kalau boleh, ibu nak jadi mcm angah.. xda banyak masalah pun nak fikir.. Angah cuma tahu main je..." masa tu, aku fikir ibu tipu.... bestnya jadi ibu.. x sabar juga nak besar...nk jd org dewasa..

Sekarang bila aku dah mencapai usia itu, aku teringat kembali kata2 ibu...."Kalau boleh, ibu nak jadi mcm angah.. xda banyak masalah nak fikir..Angah cuma tahu main je.." ibu always right!!! Patutlah ibu kata mcm tu..

Banyak rupanya ujian dan dugaan hidup ni bila aku semakin dewasa.. susah senang hidup itu semuanya ujian.. tak boleh nak lari daripada masalah.. tapi, bila aku tahu hikmah bersabar disebalik ujian itu, aku tenang.. Hati mula terpujuk.. Cuma bila di timpa kesulitan, aku memohon kekuatan daripadaMu... dan apabila pula didatangkan kesenangan, aku mohon agar kesenangan itu tak membawa aku jauh daripadaMu...

Kadang2 terasa letih bila macam-macam yg menimpa... Sekejap itu, sekejap ini... Namun, apalah sangat ujian Allah untuk kita kalau nak dibandingkan dengan ujian Allah pada Rasululah suatu masa dahulu.. Betapa hebatnya ujian Allah untuk Baginda..Ya Allah, Andaikata kali ini aku diuji lagi.. Aku mohon pada Mu Ya Allah...Agar aku bisa manghadapinya dengan lebih baik..Kau berilah aku kekuatan... Agar setiap satunya aku jalani dengan tenang...

Alhamdulillah, syukur aku padaMu Ya Allah... Aku dilahirkan dalam keluarga ini... Punya ibu, ayah, kakak dan adik2 yang baik2 belaka, yg memahami... Merekalah antara sumber kekuatanku tatkala diri diuji.. Didikan ibu, ayah, dan guru2 pada kami, banyak membantu kami untuk lebih kenal siapa diri kami sebenar.. Syukur Alhamdulillah... Allah merencanakan kami untuk hidup dalam keluarga ini, bertemu adik-beradik, berpisah menuntut ilmu, berjumpa murabbi masing2 di sekolah, menuntut segala ilmu yg mendidik jiwa, mengukuhkn lagi biah solehah dalam keluarga... MasyaAllah, begitu cantik Allah mengatur semuanya.. dan aku bermohon agar dengan izinMu, biah solehah itu akan berkekalan walau apapun yg berlaku antara kami... Satukanlah hati2 kami..Syukur Alhamdulillah...

Kerjayaku... Aku bakal guru Insyaallah... Tatkala bersemuka dengan sepupu2 yg lama x ketemu, keluarga2 yg jauh2, bercampur dgn org2 tua yg agak maju pendidikannya, perbincangan soal kerjaya x pernah tinggal. Dan kata2 pakcik kerjaya guru medium terbaik untuk berdakwah, x pernah aku lupakan. Tetapi sebenarnya, itu antara ujian yg perlu dipikul.. (ini pun kena fikir. anak2 kecil x tahu)...pendidikan sekularisme yg membawa anak2 makin jauh dgn penciptanya itu merupakan cabaran terbesar... pakcik kata itu yg perlu guru2 perbetulkan. bukan setakat mengajar tetapi perlu mendidik. Anak2 tidak tahu apa2, cuma menerima.. Jadi, gurulah yg perlu menyentuh hati  mereka dan mencorakkannya..

Aku tahu, jauh lagi perjalananku.. Namun, lama sudah aku berfikir... Kadang2 menjadi tajuk perbualan kami adik beradik... Jauh di sudut hati ni, alangkah baiknya kalau aku bertemu dgn seseorang yg boleh sama2 bergerak sbg daie selain dgn kerjayanya.. Dalam satu keluarga boleh berbincang soal agama.. boleh merujuk satu sama lain.. Bersedia bertindak sbg pendorong dan penguat semangat.. Tp, aku sedar diriku masih banyak kekurangan.. Banyak lg yg perlu diperbetulkan..

Kesimpulannya, semakin kita meningkat dewasa, tanggugjawab kita semakin besar.. Kita tidak boleh bermimpi akan menjadi kanak2 semula.. kita kena pandang ke depan.. kita kena bersedia menghadapi walauapapn ujian yg datang. Kita anggap bahawa setiap ujian yg datang itu merupaka tarbiyah daripada Allah untuk kita.. Kita tidak boleh lari daripada masalah.. kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab yg telah diamanahkan... seorang ustaz pernah berpesan, "Carilah kekuatan kamu itu dalam Tajjud... Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuannya... Banyakkanlah bertahajjud" (peringatan untuk si penulis)..

Wassalam...