Monday, September 3, 2012

bila aku dibawah..

Bila hari-hari yang dilalui terasa sempit..
Rasa kecil dihadapan Allah mula menerpa..
Tersentak dari lamunan dunia..
diri terasa sedang diuji oleh Allah..
Aku mula mencari sebab kenapa Allah menguji aku begini..
Kifarah dosa-dosaku mungkin..

Hikmahnya...
mengingatkan aku kembali bahawa hanya Allah lah segala-galanya..
Yang Maha Mengetahui..
Yang Maha Pengasih dan Penyayang...
Hikmah ujianNya..
Tidak membawaku tersasar jauh dari landasan hidupku yang sebenar..
Menyedarkanku dari nikmat dunia yang sebentar..

Namun...
Aku lemah..
Menanggungnya sendiri..
memikul beban yang kerap datang dan sentiasa menunggu untuk dipikul..
Saat tenaga dan kudrat yang kuat diperlukan..
aku tidak dapat memerah semua tenaga dan kudrat yang ada..

Nikmat yang ada hanyalah pinjaman..
kesihatan...
kebahagiaan...
kesenangan...
Semuanya pinjaman..

Allah mengujiku..
menarik satu persatu nikmatNya..
Adakah aku hambaNya yang mudah berputus asa..

setiap titis air mata yang keluar..
setiap kali menahan sebak didada..
seusai berbicara denganMU...
Bukan bermakna aku hamba yang lemah..
tetapi aku cuba meraih kekuatan disetiap kesusahan yang datang..
Hanya padaMu..
Hanya padaMu Ya Rabbi..

Sunday, May 20, 2012

Draft perjalanan..

Khamis (24/5/2012):
2.30- 5.00 pm- last paper exam..
5.45-6.00 pm- terminal 1
6.30- 9.30pm- seremban-batu pahat (Klu ada tiket)
6.30-10.30pm- Seremban-Melaka- batu pahat (klu xda tiket)

Jumaat (25/5/2012):
9.00-12.00 pm- teksi --> masjid biru
2.30- 5.30 pm- batu pahat- seremban- ipg (insyaallah ada tiket)
8.00-12.00 pm- 'clean n clear' mission

Sabtu (26/5/2012):
9.00-9.15am- ipg-terminal 1
10.30-1.30pm- seremban-batu pahat
2.00pm- teksi----> home sweet home...

Sememangnya pahit pengorbanan itu akan mendatangkan kemanisan di ahirnya jika IKHLAS melakukannya.. Insyaallah..
Orang yang kecik x semestinya berhati kecik... dan orang yang besar, x semestinya berjiwa besar..
Walaupun aku x tahu sejauh mana kentalnya jiwa untuk menghadapi hari tersebut, aku yakin, Allah sentiasa berada disisiku menjadi kekuatan..

Saturday, April 28, 2012

Di mana-mana sahaja kita pergi,
Dalam organisasi manapun kita berada,
hatta dalam diri kita sendiri,
Orang yang berjaya ialah orang yang tinggi kesabarannya..

seperti mana firman Allah:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Saturday, March 31, 2012

Terima Kasih..

Terima kasih kepada insan yang jujur..
insan yang telah menjumpai handphone saya, menyimpankannya dengan selamat dan memulangkannya kembali..
Alhamdulillah, masih ada insan yang mampu berlaku jujur di saat dunia penuh kezaliman..
Alhamdulillah, handphone sy ditemui oleh insan yang baik...
semoga dirimu sentiasa dirahmati Allah selalu...

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Alhamdulillah...


* Lain kali jgn careless lg ye.. ingatan untuk diri sendiri..

Friday, December 2, 2011

Sayap Kiri Perjuangan... ( siri 1)


Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi MAha Penyayang...

Setelah membaca sebuah buku penulisan Al-Syeikh Dr. Faisal Mawlawi, yang bertajuk 'PERANAN MUSLIMAT DI MEDAN AMAL ISLAMI', sy ingin berkongsi dgn kalian apa yang diperoleh drp buku tersebut... Moga bermanfaat..

1. Apakah yg menyebabkan penglibatan golongan muslimat di medan amal Islami menjadi lemah?

Terdapat beberapa faktor:
1) Salah faham yang wajib diperbetulkan

2) Keegoan lelaki

1) Terdapat beberapa salah faham yg perlu dibetulkn terhadap muslimat.


   i) Kaum wanita kurang akal dan agamanya

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
" Wahai wanita, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agama mampu melumpuhkan hati seorang lelaki melebihi kamu. Mereka bertanya: Apakah kekurangan akal dan agama kami ya Rasulullah? Rasulullah bersabda: Bukankah persaksian wanita sama dengan setengah lelaki? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka di situlah letak kekurangan akalnya. Bukankah wanita haid tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka di situlah letak kekurangan agamanya."

Hadis riwayat al-Bukahari di atas sememangnya sahih, namun tafsiran yang salah terhadap hadis ini menyebabkan ramai kaum wanita yang diperkecilkan peranannya di medan amal islami.

Sebenarnya, apa yg dimaksudkan dengan 'kekurangn' oleh hadis di atas adalah dari aspek 'kuantiti' dan bukan kualiti. Wanita apabila didatangi haid, mereka tidak boleh bersolat dan berpuasa. Maka hanya perlu mengqadakan puasanya dan tidak perlu untuk solatnya. Oleh itu, kuantiti solatnya kurang sedikit daripada kaum lelaki. Namun, amalan2 sunatnya boleh menampung kekurangan tersebut dan mungkin amalannya boleh mengatasi kaum lelaki. Maka, peningkatan dari aspek 'kualiti' adalah sama sahaja antara lelaki dan wanita. Yang berbeza hanya kuantiti.

Dari segi akalnya pula, bukan bermaksud akal seorang wanita kurang daripada akal lelaki. Yang dimaksudkan ialah lelaki mempunyai kekuatan akal yang membolehkan mereka mengawal perasaan dan nafsunya. lain pula wanita yang dijadikan Allah kurang kemampuannya untuk mengawal emosinya. Akal lelaki lebih kuat daripada perasaannya manakala wanita lebih kuat emosinya/ perasaannya daripada akalnya. Ini adalah ketentuan Allah dan tidak boleh dipertikaikan oleh kaum wanita. Namun begitu, ini bukanlah tiket kepada kaum lelaki untuk merendahkan kaum wanita, tetapi Allah jadikan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi satu sama lain dalam menjalankan tanggugjawab yang telah taklifkan kepada mereka. 

Kesimpulannya, tiada halangan dan alasan yang memperkecilkan peranan wanita sebagai amilat (pekerja) dalam medan amal islami. Wanita juga berperanan penting dalam gerak kerja ini pada masa kini.

Allah S.W.T berfirman:
" Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (Al-Nahl: 97)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah yang paling baik di antara kalian kepada isteriku."


    
ii) Kepimpinan (qawamah) lelaki terhadap wanita

Kepimpinan adalah tanggungjawab bagi lelaki dan bukanlah satu kelebihan. seperti kepimpinan lelaki terhadap wanita, rumahtangga, kepimpinan lelaki dalam masyarakat.

Firman Allah s.w.t:
" Kaum lelaki adalah pemimpi kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan harta mereka." (al-Nisa: 34).
Kelebihan yang dimaksudkan adalah untuk perkara-perkara tertentu yang menyebabkan mereka (kaum lelaki) berkepimpinan. Manakala kaum wanita pula lebih pada perkara yang lain seperti keperihatinan dan kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak, menghadapi anak-anak yang pelbagai kerenah.

Apa yang pasti, setiap yang Allah ciptakan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing yang tersirat pelbagai hikmah disebaliknya. Maka, kaum lelaki tidak boleh merendahkan muslimah dengan salah faham ini dan kaum wanita tidak sepatutnya hanya menunggu arahan daripada kaum lelaki untuk menjalankan gerak kerja. Bagi keberkesanan sesuatu organisasi, kaum wanita tidak sepatutnya menunggu kaum muslimin menentukan tugas untuk mereka malah muslimat sendiri sepatutnya lebih mengerti realiti kerja-kerja mereka serta boleh merancangnya sendiri. Salah faham ini tidak sepatutnya berlaku antara kaum muslimin dan muslimat kerana tanpa disedari salah faham ini boleh melumpuhkan gerak kerja muslimat dalam sesuatu organisasi.

     iii) Isu wanita keluar rumah untuk menyumbang tenaga

Kebanyakan kaum lelaki hanya memahami yang kaum wanita hanya duduk di rumah, tugasnya hanya bersama anak-anak, di dapur, mengemas membasuh dan sebagainya. 

Mereka bersandar pada firman Allah:
"
dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu." (al-Ahzab: 33)
namun, mereka lupa kepada sambungan ayat ini,

"serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu." (al-Ahzab: 33)

Pertamanya:
Wanita yang baik tempatnya adalah dirumah. Duduk dengan tenang dan ikhlas dengan tugas-tugasnya tanpa paksaan dan sebagainya. Di rumah mereka boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin sesuai dengan fitrahnya yang diciptakan Allah. Jika mereka duduk dirumah kerana paksaan dan mencari jln untuk keluar rumah tanpa sebab, itu telah menyalahi kewajipan yang Allah tetapkan ke atas mereka. Mereka gagal menjalankan tanggungjawab dalam rumahtangga.

keduanya: Wanita dilarang keluar rumah dalam bertabarruj (berhias) seperti org jahiliyah dan hukumnya adalah haram. Maka wanita hendaklah duduk di rumah agar menjalankan tanggungjawab rumahtangga sebaik mungkin. Kalau mereka keluar rumah dengan sebab yang diharuskan sekalipun, mereka dilarang bertabarruj seperti org jahiliyah.

Wanita yg keluar rumah kerana menunaikan kewajipan syarak hukumnya wajib. Wanita yg keluar rumah kerana perkara sunat, hukumnya sunat. Wanita yg keluar rumah kerana kerana perkara harus, hukumnya harus. Wanita yg keluar kerana perkara haram, maka haramlah hukumnya.

Maka, muslimat yang keluar kerana penglibatan dalam amal islami, ada hukumnya yang tersendiri dalam syarak. Dan dalil di atas bukanlah sebab kepada kaum muslimat untuk tidak keluar melibatkan diri dalam gerak kerja amal islami.

2) Keegeoan  lelaki.
Memang tiada pertikaian hak lelaki ke atas isterinya. Lelaki lebih suka jika isterinya banyak meluangkan masa bersamanya. Balik kerja melihat rumahnya dlm keadaan kemas bersih, anak-anak dalam keadaan terjaga baik. Maka lelaki amat payah untuk bertolak ansur mengorbankan sedikit haknya ke atas isterinya untuk membenarkan isterinya keluar bersama-sama muslimat lain menimba ilmu, memberi ilmu dan melibatkan diri dalam persatuan yang mampu mengislahkan  dan membina masyarakat wanita islam.  Sikap lelaki yang berlebih-lebihan sepanjang masa dan tidak mahu bertolak ansur terhadap hak-haknya serta tidak mahu menolong sebahagian urusan rumahtanggga,  menyebabkan ramai muslimat yang lumpuh di medan amal islami. Kita selalu lupa bahawa Rasulullah sentiasa membantu isteri-isterinya dalam urusan mereka ketika mereka memerlukan.

Namun, mampukah kehidupan islam dan masyarakat islam dibina hanya dengan usaha kaum lelaki sahaja??
Mampukah wanita mendidik anak-anak agar beraqidah jika wanita itu sendiri kurang mantap dari segi aqidahnya??
Bagaimana kehangatan aqidah ini mampu dirasai kaum wanita?
Adakah dengan hanya menghidang makanan, menghias rumah, membasuh pakaian, wanita mampu memantapkan ilmu agamanya??

Hanya sebilangan kecil sahaja lelaki yang mampu memperuntukan waktu bersama anak-anak dan isterinya membincangkan isu agama, membaca quran dan tafsirnya. Namun, usaha ini masih belum mencukupi kerana ruang lingkup masyarakat wanita terlalu luas. Bukan sahaja anak-anak mereka memerlukan ibu yang terdidik dengan ilmu agama seperti ini untuk mendidik mereka, malah masyarakat juga amat berhajat kepada wanita seperti ini. Maka, menjadi satu kewajipan muslimat untuk keluar melibatkan diri dalam program kewanitaan yang boleh mengislahkan kaum2 wanita.

Rasulullah bersabda:
" Orang yang baik di antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu."


Insyaallah.. sambungan siri 2 dgn tajuk Awlawiyat amal soleh bagi wanita muslimat...

Wednesday, November 30, 2011

~Jambatan~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Hikmah pada sesuatu kejadian yang ALLAH tetapkan hanya dapat dirasai dan dikecapi oleh hamba-hambaNya yang mahu berfikir...
Kadang-kadang kita berasa rendah diri dengan org lain... Asyik memikirkan knp aku x jadi seperti 'sipulan'..
Tp kita jarang berfikir apakah hikmah kenapa ALLAH tetapkan aku seperti ini... Sedangkan itulah yang TERBAIK...

Siapa yang berani mengatakan tiada kehidupan lain selain kehidupan di DUNIA???
Khidupan dunia ini hanyalah sebagai jambatan menuju ke AKHIRAT yang kekal abadi..

Oleh itu, apakah yang mengukuhkan jambatan tersebut?

Mampukah hanya dengan bergelar sebagai seorg yang berkerjaya hebat mampu mendirikn sebuah jambatan yang teguh untuk ke Akhirat kelak??

Oleh itu BAGAIMANA??

Jagalah amalan2 kita.. Ke mana ilmu dan kemahiran kita disalurkan.. Di mana tenaga kita diinfakkan..
Jika kita membantu agama ALLAH, ALLAH akan membantu kita.. Hadirkanlah hati, perasaan dan fikiran dalam setiap amalan yang dilakukan hanya kerana ALLAH..

ALLAH tujuan kami,
RASULULLAH teladan kami,
AL-QURAN pedoman hidup kami,
JIHAD adalah jln juang kami,
MATI di JALAN ALLAH adalah cita2 tertinggi kami...

Tetapkanlah HATI2 kami...
Kuatkanlah HATI2 kami untuk ISTIQAMAH...  Amin...

Monday, November 21, 2011

Penghambaanku...

Dibanyak malam aku berdo'a
Karna diri ini trus merasa
Bagai tanah lumpur yang bernoda
Tiada bersih hanya penuh cela

Dibanyak waktu aku tersadar
Hanya dosa dan dosa terhampar
Meski tetes air mataku mengurai
Tak akan dosa mampu terlerai

Ya Allah hanya Engkau yang bisa
Ampuni hamba tunjukan cahaya
Ya Allah Engkau satu yang mampu
PertolonganMu selamatkan aku

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu, kembali aku..

Dibanyak hari aku mencoba
Sebut nama untuk mengingatkan
Agar tak mengulang salah-salah yang sama
Salah yang slalu berakhir penyesalan

Memang Penghambaanku belumlah sempurna
Sgala nilai ibadah masih terpatri duniawi
Segala nilai amalan masih terbetik pujian
Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu....

Sunday, October 2, 2011

Amanat Permata Hati




Assalamualaikum...
Buat adik-adik yang disayangi... Semoga Allah sentiasa menyayangi dan merahmati kalian semua..
Air dicincang takkan putus.. Walau mcm mana ganas skalipun kita berkungfu, kita tetap bersatu... Takda satu pun salah silap korg yg angah simpan sampai hari ni.. Kejayaan adik2, kebanggaan kita sekeluarga... Semoga segala rahmat dan kebahagiaan yang Allah kurniakan untuk kita sekeluarga membawa kita lebih dekat denganNya...

Angah percaya, Allah melihat usaha kalian... Korg dh usaha sehabis baik, dan semoga Allah berikan yang TERBAIK untuk kalian... Mudah2an, berkat usaha dan pengorbanan akan ALLAH balas dengan kejayaan.. Jangan bimbang, segala yang ALLAH jadikan/ tentukan, ada hikmahnya yang tersendiri... Usaha + Doa +Tawakal = Kejayaan + taqwa...

Fighting!!! Fighting!!! (",)


Yang Ikhlas,
Angah

Saturday, October 1, 2011

Maher Zain - For The Rest Of My Life | Official Music Video




I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home it’s here with me, and I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say

Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you


For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife, and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
Finally now I’ve found my self, I feel so strong
Yes everything was changed when you came along, oh
And there’s a couple of words I want to say

Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart

And now that you’re here, in front of me
I strongly feel love
And I have no doubt, and I’ll sing it loud
And that I will love you eternally

Chorus:
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart

“For The Rest Of My Life” Official Music Video by Maher Zain.
Album: Thank You Allah
Directed by: Lena Khan.
Lyrics: Maher Zain, Charbel Amso, Abou-Daniell & Bara Kherigi
Melody & Arrangement: Maher Zain & Abou-Daniell
© Awakening Records 2011

Thursday, September 22, 2011

diary 3 (22/9/2011)

Lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh...
walau apapun hasilnya selepas itu, at least, kita telah cuba yang terbaik..
At least, kita tidak menyerah kalah sebelum berjuang..

Kita harus punya hati yang kental..
masih belajar untuk membentuk hati yang kental..
mcm mna nak ada hati yg mcm tu..
tepuk dada, tanya iman....

walaupun pahit, susah, derita..
once kita kata kita lakukannya kerana ALLAH..
InsyaALLAH..
yang pahit akan menjadi manis,
yang susah akan menjadi senang,
yang derita akan bahagia...
Selagi kita yakin dengan ALLAH...

Ya ALLAH, kurniailah aku kekuatan agar aku tabah mengharungi ujianMu..

Wednesday, September 21, 2011

diary 2

Hati yang luka akan terubat bila perkara yang menyakiti dilupakan...

MEMAAFKAN memang tidak boleh mengubah masa lalu.....


TETAPI...

MEMAAFKAN boleh mengubah masa depan....

Tuesday, September 20, 2011

Diary 20/9/2011

Setiap hari, PASTI akan ada sesuatu perkara yang berlaku yang akan mengajak kita berfikir...
Daripada pengalaman orang lain, kita boleh belajar memperbaiki diri...
daripada pengalaman mereka, kita muhasabah diri..
daripada mereka, kita jadikan teladan..

Kita perlu matang....
Tidak ada siapapun yang mampu 'fast track' kn kematangan kita berfikir....
Tp kita yang perlu berusaha mematangkan pemikiran sendiri..
Kita perlu matang dalam soal agama..
Matang mengawal emosi..
matang menguruskan urusan dunia.
Belajar merendah diri....





Saturday, September 3, 2011

FoKuS...FoKus...

Assalamualaikum...

Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN especially kepada sesiapa yang membaca blog ni, dan sahabat2 yang mengenali diri saya..

walau mcm mna best skalipun beraya, aidilfitri tahun ni dah berakhir untuk saya.. Sekarang, apa misi yg seterusnya????? cuba teka... cuba teka...??

Aha... pandai pun.. belajarlah... saya dah kene fokus study semula... hehe

Wow!! Rajinnya budak ni baca buku....

Malam nak balik semuala IP, makan pun dah tak lalu... mandi pun dh x basah... tido pun dah tak lena... macam ayam berak kapur dah... (ibu kata)
Masa tue, barulah teringat keje yang bertimbun-timbun tak siap.. assignment  satu pun tak sentuh..


Alahai... mcm mana nie...!!!!
Berat hati je nak balik bila fikir semuanya x siap... Masa mula2 cuti dulu, ibu suruh siapkan assignment buat benda lain... kan dah.. padan muka...

Ha.. budak tu la sy.. ibu nasihat suruh buat keje awal2 xnk dgr...

So, terimalah akibat daripada sikap yang malas...

Tolong saya!!! tolong saya!!


Bersedialah untuk mengurangkan masa tido atau mungkin tidak tido langsung selepas ini untuk beberapa hari.... MasyaAllah....

Buku baca anda.....?%$#@

dan.....

Tolg la jgn mengantuk dlm kelas.... aish.. =.='


So now,,,, tenang.. tenang.. tenang....!!! Lps ni, jgn la bertangguh lg.. buat juga keje walaupun xda mood.. sbb kn, klu nk tunggu mood, mmg xkn datang... Teringat kata2 ustazah ni, klu nk buat benda baik ni, mmg susah. kadang2 kene paksa walaupun malas, x rela, xda mood dsb... buat assignment awal kn keje baik.. sbb tu la rasa susah je nk mula.. erm.. jgn tiru mcm sy ye.. sakit di kemudian hari...

Kesimpulannya, dgr ckp ibu dan jgn menangguh kerja. okay.. Doakan saya ye dapat menyelesaikan kerja2 yg tertangguh ni dgn jayanya.... terima kasih..
Assalamualaikum.... (",)

Tuesday, August 23, 2011

PBS 4/ (1)

Assalamualaikum...
Kali terakhir ber'PBS'..... sangat seronok...
The best school since i'm doing the 'School Based Experience'....
 Once again, i got a luv letter sent by bird..... hahah quite exaggerate...


Surat layang daripada kelas 6 Usaha...



Cikgu doakan kalian semua berjaya dengan cemerlang dalam UPSR... Semoga berkat usaha kalian, Allah balas dengan kejayaan.. Jangan lupa pesan cikgu... Usaha + doa + tawakal haruslah seiring... Andaikata kalian berjaya, tahniah dan jgn lupa pada nikmat yang Allah berikan... tetapi andai kamu kecundang, Redha dengan ketentuan Allah, kerana Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kalian... Ingat pesan cikgu.... 


Harap kita akan dipertemukan sekali lagi... I LUV U TOO....  wasalam..

Wednesday, August 3, 2011

Zikir..

Allah s.w.t berfirman,
"Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan doa kamu".

Allah s.w.t juga berfirman.
"Apabila kamu telah menyelesaiakn solat, maka tetaplah mengingati Allah pada waktu berdiri, duduk dan ketika berbaring."

Rasulullah s.a.w perbah bersabda,
"Orang yang sentiasa mengingati Allah di tengah orang-orang yang lalai itu laksana orang yang hidup di tengah-tengah orang yang mati"

Baginda Rasulullah juga pernah bersabda,
"Setiap kaum yang duduk di suatu majlis sambil mengingati Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung, nescaya para malaikat rahmat mengelilingi serta meliputi mereka. Dan Allah menyebut mereka di tengah-tengah para malaikat yang berada di sisiNya."

Dalam riwayat yang lain pula, Baginda s.a.w bersabda,
"Sesiapa yang seusai solat membaca tasbih (Subhanallah) sebanyak 30 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 30 kali, dan bertakbir (Allahuakbar) sebanyak 30 kali, serta menggenapkannya menjadi 100 dengan bertahlil, La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa'ala kulli syai-in qadir ( tidak ada Tuhan selain Allah semata-mata, yang tidak berkongsi sama sekali, kepunyaan-Nyalah seluruh kekuasaan dan bagi-Nyalah segala bentuk pujian, Dialah yang menghidupkan serta mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), nescaya akan diampuni dosa-dosanya, walaupun banyaknya seperti buih di lautan."

Ketahuilah bahawa sesuatu zikir itu akan dirasai manfaatnya apabila dibaca bersama hati yang khusyuk.. Kita juga boleh merasakan kehadiran Allah dekat bersama kita.. Mudah2an, kita semua akan terselamat dari suul khatimah (akhir kehidupan yg buruk).

Wallahu a'lam...

Tuesday, June 28, 2011

Jom Hayati Semula Peristiwa Israk dan Mikraj...


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com
http://jalanakhirat.wordpress.com

Sunday, June 26, 2011

Doa..

Mulakan setiap amalan dgn DOA...

DOA adalah jambatan yang menghubungkan manusia dengan Allah...

Pintu Allah sentiasa terbuka bagi hamba-hambaNya yang selalu meminta.....

Saturday, May 28, 2011

~

Assalamualaikum...

Kadang2 berpura-pura juga perlu bila berteman..
Berpura-pura demi menjaga hati dan ukhwah...
Walaupun kadang2 hati kita yg terluka.. (Asif, klu sy juga selalu buat kamu terasa..)
Selebihnya saya serahkan perasaan pada Allah..
Moga Allah bisa memberi kekuatan untuk sy kendaliknnya dgn bijak..


Bersabar itu sebahagian drp iman..

Wednesday, May 25, 2011

hAPPy HoliDaYs.........

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, habis dah exam...




Emosi kembali normal.. tidak seperti di atas... ##


Akhirnya berjaya menghabiskan sem ni dengan penuh suka dan duka... Semoga pengalaman sem ni berjaya mentarbiyah diri untuk terus kuat menghadapi cabaran untuk sem-sem yang akan datang....



Hanya Allah shj yg tahu kemelut yg di hadapi utk menghabiskan sem ni...
dan hanya Allah je yg tahu betapa bersyukurnya hati sbb dapat balik kampung setelah hampir 4 bulan x balik.... dan hanya Allah je yang tahu bersyukurnya rasa bila tamatnya exam.... Finally, sy akn pulang juga ke kampung... Rindunya.......



Apa sy nk buat msa cuti ni???

Checklist....

1) Nak buat cup cake... dapat resepi ni drp sorg shbt msa tengah2 exam.. tengah lapar masa tu... Wah, bayangkn la betapa sedapnya cup cake ni...


sy x pandai buat cup cake.. bru first time nk blajar... harap2 sedapla... yeah!!!!

2) Sy nak menjahit.... Dah lama x menjahit sejak akhir tahun lepas...

Wah bestnyer...!! Gian sudah!!!! mahu mengasah semula skill yg ada... Owh my special cute baby, tunggu sy ya.... Tq ibu...

3) Banyak jemputan kawin.... Semoga Allah memudahkan urusan dan memberkati majlis kamu sahabat2...



4) Memanfaatkan masa bersama family tersayang.... yey!!!



  SELAMAT BERCUTI !!!!

Sunday, May 22, 2011

I just want to write something here before i seat for my exam SCE 3105..

"I miss u mom, soooo much..........." Seriously i said,  I can't wait anymore... 

 and one more things, thank you for bought me that 'special cute baby'....

i'm happy right now..... very2 happy because of u...