Tuesday, November 23, 2010

utara selatan timur barat(",)

Assalamualaikum....



Usai solat maghrib berjemaah, kami sekeluarga mengadakan halaqah... tajuk perbincangan kali ni agak hot... berkaitan jodoh...
Pertamanya, ibu menjelaskan pada kami adik beradik bahawa semakin hari, kami semakin besar, kami semakin matang... dan semestinya perbincangan soal jodoh ini, bukanlah menjadi suatu yang luar biasa... Menyentuh soal jodoh, sememangnya lumrah seorang wanita mengharapkan seorang calon suami yang soleh, penyayang, penyabar, memahami, mampu untuk memimpin dirinya, anak-anak serta keluarga dan yang paling penting dapat membentuk sebuah keluarga sakinah yg diberkati Allah..

Namun dengan cara bagaimana?? kata ibu, perbaiki diri masing-masing.. if you want to change something, you must change first... samalah juga jika kita mengharapkan sesuatu yg baik, kita perlu jadi baik terlebih dahulu.. Janji Allah... Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Kata orang, jodoh tu x perlu dicari.. semua Allah dah tetapkan.... 
Habis tu, mcm mana pula dgn rezeki.... Allah juga telah tetapkan rezeki masing-masing.. Adakah tidak perlu dicari??? Orang kata..." "beras secupak takkan jadi segantang..."
boleh pakai ke pepatah ni??? Bagi saya, beras secupak boleh jadi segantang kalau kita berusaha and have willing to do that, to get more than that... betul tak?? samalah macam jodoh..... Ibu kata, jodoh juga perlu dicari.. tp dgn cara yg betul.. Mengikut syariat.. Berdoa untuknya selalu... Allah kurniakan mata untuk melihat, Allah kurniakan telinga untuk mendengar, Allah kurniakan mulut untuk bertanya, Allah kurniakan hati untuk menilai, Allah kurniakan akal untuk berfikir... Gunakanlah nikmat yg diberikannya sebaiknya..

Teringat pada kata-kata seorang ustazah... "Kita tidak boleh menangguh waktu kematian yang telah ditetapka Allah... Tetapi, kita boleh mengubah cara dan keadaan kematian kita dengan cara berdoa..." Samalah seperti jodoh yang telah Allah tetapkan.. kita tidak boleh mengubah jodoh yang telah ditetapkan Allah S.W.T, tetapi kita boleh memohon kepada Allah dengan cara berdoa dikurniakan seorang calon suami yg mempunyai perwatakan yg soleh seperti yang kita mahukan...

Ibu juga berpesan, setiap yang anak-anak ibu miliki sekarang ini, dan yang akan anak-anak ibu miliki, semuanya itu adalah ujian... Seandainya satu hari nanti anak-anak ibu memiliki suami masing-masing.... kebaikan yang ada padanya itu ujian... dan keburukannya itu juga ujian... sesuatu yg Allah berikan, itulah yang terbaik... Bijaklah berfikir untuk sebuah kebahagiaan rumahtangga.. Dekatkanlah dirimu dengan Allah.. Allah telahpun memberikan petunjuk untuk mencapai kebahagiaan itu, melalui ayat-ayatnya di dalam Al-Quran, melalui sejarah-sejarah para nabi dan sahabat-sahabat baginda... Ibu suruh kami berfikir semua tu...Binalah kekuatan daripada sekarang untuk bersedia menghadapi pelabagai kemungkinan yang bakal berlaku...

Sesungguhnya, setiap sesuatu yang Allah S.W.T telah rencanakan untuk kita, ada tujuan dah hikmah disebaliknya.. Kita perlu berusaha dan tidak boleh berserah pada takdir semata-mata... Meminta petunjuk daripadaNya adalah jalan terbaik selain berusaha... Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada pengetahuanNya..

kata-kata ibu yang amat menyentuh perasaanku, "Ibu doakan anak-anak ibu bertemu jodoh yang soleh , yg baik.. ibu cuma ada sorang je anak lelaki.. yg lainnya semua perempuan... Alangkah baiknya kalau bila ibu pergi satu hari nanti, jenazah ibu akan diusung oleh anak lelaki dan menantu-menantu ibu yang soleh.." Sayupnya hati mendengar kata-kata ibu... "Ibu doakanlah untuk kebahagiaan kami semua adik beradik... InsyaAllah doa daripada seorang ibu kan lebih didengari Allah.. senang makbul."secara berseloroh kami katakan pd ibu untuk hilangkan rasa sedih......

Namun hatiku berkata, perkara pertama yg perlu dilakukan sebelum melangkau kegerbang kehidupan berkeluarga adalah menjaga hubungan kita dengan tuhan.. Muhasabah diri, perbaiki diri  bukan kerana mengharapkan seorang suami yg soleh, tetapi kerana cintanya kita pada Allah.. Aku faham maksud ibu td.. Kerana apa?? Bila kita melakukan sesuatu kerana org lain, perubahan itu tidak akan berkekalan walaupun kita telah dapat apa yg kita harapkan.. Namun bila dilanda ujian, perubahan yg dilakukan mungkin akan goyah ataupun hilang.. Tetapi jika perubahan yg dilakukan sebab kita betul-betul cintakan Allah, perubahan itu pasti akan berkekalan... kerana apa?? sekali kita sayang padaNya, beribu kali Dia akan sayang pada kita.... Cinta kita sememangnya terbalas.. Dan Allah bersifat hakiki.. Tidak akan fana.. Sentiasa ada di mana-mana di samping kita....

 
Banyak lagi yang dibincangkan... cuma kalau nk diluahkan semuanya, panjang lebarlah jadinya... Cukuplah setakat ini.. Sekadar perkongsian ilmu yang tidak seberapa.. Jika ada kekurangan dan penambahan atau pembetulan yang nk dikongsikan, boleh la bagi.. dialu-alukan...... Syukran Jazilan wa jazakallahukhairan kathiran...

5 comments:

Mohd Hilmi said...

:) hanya mampu tersenyum. dan berdoa.

AtiQ said...

xpe2... senyum itu sedekah.. sambil tersenyum sambil berfikir..

Anonymous said...

wah,,sembang psl jodoh lak.
da ade ker?
hihi

AtiQ said...

Entahla senin... tunggu ibu carikan kot..

ashikin said...

nice.. =)