Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat 104:
" Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."
Jom kita hayati lagu ni....
"Bingkai kehidupan".
Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan
Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Akan menjadi saksi pengorbanan
Allahhu ghayatuna
Ar-rasulu khudwatuna
Al-Qurannu dusturuna
Al-jihadu sabiluna
Al- mautufi sabilillah
Asma amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasullullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita- cita kami tertinggi
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan
Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Akan menjadi saksi pengorbanan
Allahhu ghayatuna
Ar-rasulu khudwatuna
Al-Qurannu dusturuna
Al-jihadu sabiluna
Al- mautufi sabilillah
Asma amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasullullah teladan kami
Al-quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita- cita kami tertinggi
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu. Suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu.. Jika Engakau takdirkan kami mati, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini....
4 comments:
like:p
bijak pena blogger!
perkongsian mantop:p
subhanallah.. kak atiq..betapa dlah rasa nak sangat pada slot2 tarbiyah. Moga Allah tunjukkan jalan..amin
amiiin....
Insyaallah...
semoga Allah memberi kekuatan kpd kita untuk istiqamah...
Post a Comment