Wednesday, April 27, 2011

Tarbiyah diri....

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Tuhan yang memiliki segala kebesaran dan kemuliaan... Matikanlah kami dalam agama Islam..

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, takutlah Allah, taatlah Allah, kerjakanlah perintah Allah dan hendaklah tiap dirimu melihat apa yang telah dia persiapkan untuk hari esok. Esok hari kita bertemu dengan Allah. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupakan Allah, lantas Allah akan jadikan kamu lupa diri. Mereka itulah orang2 yang fasiq. Tidak serupa penghuni neraka dengan penghuni syurga. Penghuni syurga itulah orang2 yang berjaya."


Post kali ni, sy berminat untuk menyentuh soal hati dan hubungan kita dgn Allah...

Kenapa saya selalu resah??

  • Manusia resah kerana mencari sesuatu..
Apa yang saya cari di dunia ini, itulah yang menimbulkan keresahan.. Saya ingin mencari kekayaan, saya mahu berusaha untuk berjaya dpt 10A, 11A, 12A, 4.00 dsb.... saya mahu mencari teman hidup yang sempurna, mcm2 lg yg sy mahukan.. Tetapi apabila saya gagal mendapatkan apa yang saya cari, saya akan resah, saya kecewa, saya menangis... Sehingga ada yang sanggup menyalahkan takdir Allah...

namun, pernahkah saya terfikir, apakah pencarian terbesar selain mencari Allah s.w.t?? Apakah pencarian yang lebih bermakna daripada mencari tuhan??

ada juga manusia yang resah kerana tidak mengenal siapa tuhannya.... Sepertimana peristiwa nabi Ibrahim, yg ketika dahulunya mencari2 siapa tuhannya.. apabila melihat bintang, katanya bintang itu tuhan. tetapi apabila bintang itu lenyap, katanya matahari itu pula tuhan, dan apabila matahari lenyap, katanya bulan pula tuhan dan begitulah seterusnya........ akhirnya sampailah suatu masa dia ketahui bahawa bukan makhluk yang dicari, tetapi, pencipta (khalik)....

Sesungguhnya, tiada nikmat selain bertemu Allah s.w.t.. Saya mesti mengenal Allah dengan Islam yang telah baginda Rasulullah bawa.. Saya mesti tahu matlamat kewujudan saya di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan saya..
'Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah..'
Mereka yg selalu mengingati Allah, hati sentiasa tenang, hilang segala duka...
"Orang yang tenang, orang yang selalu mengingati Allah".... Saya kene la banyak berzikir.. mudah2an, hati saya sentiasa menjadi tenang...

  • Kurang keyakinan pada Allah penyebab hati resah
Kadang-kadang saya lupa pada Allah yang mengurniakan rezeki. Saya mesti bersangka baik pd Allah. Saya harus yakin bahawa Allah telah memberikan rezeki yang banyak untuk saya. Tugas saya hanyalah mencari rezeki tersebut.

saya bekerja siang dan malam, tapi saya takut tak dapat sesuatu daripada usaha saya itu..
Saya belajar siang malam, tapi saya takut tak dapat result yang mantap..

Saya rasa resah kerana saya tak yakin dengan Allah. Saya lupa bahawa rezeki itu di tangan Allah. Sesungguhnya keyakinan pada Allah akan menghilangkan kesedihan dan kedukaan di hati..

  • Resah kerana takut hilang sesuatu
Saya selalu lupa bahawa setiap yang Allah kurniakan untuk kita hanyalah pinjaman.

"Setiap satu di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanyalah tuhanmu yang Maha Suci, Maha Mulia."

Saya seakan akan terlupa adat orang meminjam... Setelah meminjam, mesti memulangkan...
Samalah konsepnya dengan kehidupan kita sekarang.. Allah memberi pinjam, dan hakNya untuk mengambil kembali...Sifat orang meminjam. Saya pinjam daripada Allah, saya pulangkannya semuala...

Innalillahi....... ("daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.")

"Memadailah bagiku Allah,
Tiada di hatiku selain Allah,
Nabi Muhammad Rasulullah,
Muhammad pesuruh Allah.."

Saya harus percaya bahawa Allah benar janjinya.. Yang hilang tak bermakna binasa. Yang pergi tak bermakna saya akan hilang segala-galanya...
Bila saya fikirkan, banyak manalah yang telah Allah ambil daripada saya berbanding dengan nikmat yang telah diberikan.. Bila mana Allah mengambil sesuatu daripada saya, mesti Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik... Maka, kenapa saya harus rasa sedih.... mengapa saya harus rasa resah???

Saya mesti berlapang dada dengan Allah....

  • Resah dengan beban hidup yang banyak.
Saya resah dengan beban hidup yang sangat banyak.. Sayalah itu, sayalah ini.. itu belum habis, dah datang yang ini... macam2 lg masalah yang timbul... Tapi saya lupa, masalah yang paling besar yang perlu kita hadapi ialah hasutan iblis.. Adakah masalh yang lagi besar dari itu??? Tiada masalah yang lebih besar melainkan hasutan iblis yang sentiasa mengajak kepada maksiat dan kebinasaan bermula sejak kita dilahirkan hinggalah saat kita menemui ajal.....

Maka, mengapa saya harus resah dengan masalah dunia sedangkan masalah hasutan iblis ini lg besar?? Sesungguhnya, jihad melawan nafsu merupakan asas perjuangan jihad di muka bumi ini...

Anggaplah masalah yang saya hadapi ini sebagai asam garam dalam kehidupan. Saya perlu berusaha menjadi manusia yang tenang.. Saya juga perlu ingat, saya hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya..


  • Resah dengan kesalahan yang dilakukan.
Tiada dosa yang lebih besar melainkan dosa kepada Allah. Namun, mengapa saya harus bersedih?? kenapa saya harus resah?? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun...

"Kita bertaubat kepada Allah,
Kita kembali kepadaNya,
Kita menyesali dosa2 dan kesalahan yang pernah kita lakukan"

Saya perlu yakin... Sesungguhnya keampunan Allah adalah seluas langit dan bumi.. Tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa selain Allah s.w.t...



Oleh itu, mengapa kita perlu rasa resah??? Mengapa kita perlu rasa sedih, kecewa dsb... Sesungguhnya, orang yang tenang adalah orang yang selalu menyebut nama Allah... Berzikirlah mengingati Allah...

wasalam....

2 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

tika hati resah gelisah mahupun ceria, sntisalah kmbali kpd ptnjuk Allah..moga hidayah sntiasa mnjdi milik kita,amin

AtiQ said...

syukran jazilan..