Friday, October 22, 2010

KeMaTiAn VS CiNTa



Assalamualaikum....

Hari ni, saya ada terbaca satu artikel pasal 'KEMATIAN  SYARAT MENEMUI CINTA'......

Apa first impression korang bila baca tajuk ni?? Jangan memandai p bunuh diri pulak lepas ni ae semata-mata nk bertemu cinta sejati... Faham artikel ni baik2...

Yang menarik sgt dalam artikel ni apabila dia kata "Kematian adalah saat kita bertemu Allah jika benar Dia ialah KECINTAAN kita..... Jika masih ada gentar, ragu dan enggan untuk dijemput oleh kematian, itu bererti kita belum bercinta dengan-Nya." 

So, kesinambungan daripada tajuk tu, artikel ni menyentuh pasal SOLAT. Solat ertinya kita "berkata-kata" dengan Allah melalui zikir dan doa. Manakala Allah juga "berkata-kata" dgn kita melalui ayat2 quran yg kita baca..... sweet kn... (sy baru sedar semua tu....)  So, solat kita tu adalah petunjuk kecintaan kita pada Allah. Jika kita dirikan solat dgn rasa kecintaan pada Allah, pasti kita sndiri yg merasakan kemanisan dan keenakannya. Lg satu, bila kita solat sbb kita cintakan Allah, pasti kita x rasa susah. Dating dgn buah hati lama2 bleh je... Dating dgn Allah sekejap msti lg boleh kn....

Allah gerakan hati saya untuk baca artikel ni... Saya fikir, mungkin ini jawapan kepada mimpi saya yg lalu... Orang kata mimpi tu hanya mainan tidur, tp bg saya, mimpi mcm ni, sy jdkan sbg petunjuk drp Allah untuk saya. Mungkin inilah jawapan drp mimpi sy. Knp sy menangis2 bila hampir tiba saat kematian. Merayu untuk diberikan peluang hidup untuk kali kedua.. Mungkin kerana saya belum lg "bercinta dengan-Nya..". Banyak yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki. Sekadar berkongsi cerita...............

     "Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya." (Riwayat Muslim no.4845)


DOA MOHON CINTA ALLAH:
"Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kasih sayangMu, dan kasih orang yang mencintaiMu, serta (kasihkan) amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu. Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku, dan daripada air yang sejuk."

No comments: