Thursday, April 8, 2010

CeMeRLAnG DeNGaN ZiKRuLLAH

Assalamualaikum….

Alhamdulillah, hari nie berkesempatan untuk menghantar post baru.. tak de apa yg nk diceritakan, sekadar perkongsian ilmu yg tak seberapa untuk peringatan bersama..

Usai menghadiri satu majlis ilmu.. kepala mula berfikir sejenak.. sekadar pada sepotong ayat daripada surah al-ahzab ayat 35..

“Golongan lelaki dan wanita yg banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.”

Nak dijadikan cerita.. zamn Rasulullah dulu….

Ada sorg lelaki datang brjumpa sahabat Abdullah bin Masud dn berkata.. “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku sesuatu agar aku dapat meredakan kegelisahanku. Kerana buat masa ni, jiwaku tidak tenang, fikiranku kusut, tidur x nyenyak, seleraku hilang.”

Abdullah bin Masud menjawab, “bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat:

Pertama; ke tempat org yg membaca Quran tidak kira kamu ikut membacanya atau sekadar mendengar. Kedua; menghadiri majlis ilmu yg mengingatkn kamu pada Tuhan. Ketiga; mencari satu waktu yg sunyi dan melaksanakan ibadah kpd Tuhan dan memohon kepadaNya agar diberi kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan semua jiwamu masih tidak tenang, mintalah kepada Tuhan supaya hatimu diganti dgn hati yg lain kerana hati yg kamu miliki sekarang ini bukan hatimu..”

Lepas tu, cuba teka jd ape???

Lalaki tu pn balik semua ke rumahnya. Dia terus mengambil wuduk dn membaca quran dgn penuh khusyuk. Selesai membaca quran, dia dapati jiwanya kembali tenang.. fikirannya menjadi bersih dn kegelisahan yg melanda hatinya selama ini hilang…

So, jd betullah zikir tu mendamaikan jiwa.. dalam surah ar-Ra’d ayat 28 pn Allah berfirman yg bermaksud, “Ketahuilah, dgn berzikir kepada Allah hati akan tenang.”

Erm.. k lah. Ptg ni kene uruskan program kpimpinan 3 hari.. minggu ni sgt sibuk dgn aktvti dn assignment.. tp sempat pulak menuliskan.. pelik btl.. sbb tu nk d kaitkan dgn hati yg resah bertambah2 dgn assignment yg x siap, fikiran yg sgt berserabut, teringat la pulak pd ceramah sorg ustaz ni.. harap2, semuanya berjalan dgn lancar dn Allah permudahkan segala urusan termasuk assignment yg x siap lg tu.. yg penting ikhlas.. GooD LucK sahabat2 usrahKu…