Tuesday, May 11, 2010

HikmaH SetiaP CubaaN..

Wahai musafir..
Kenapa Allah selalu memberimu dugaan?? Kenapa Allah mengujimu dengan kehilangan sesuatu yang kau sayang dan kenapa Allah mengujimu dengan sesuatu yang hampir denganmu?? Kenapa??
Bukalah matamu...
Janganlah kau bersedih..
Allah mengujimu kerana Dia sayangkan kau...

Bila ujian dan musibah melanda dirimu..
Kau akan ingat padaNya...
Kau akan menadah tangan bersama linangan air mata memohon pertolongan Allah..
Kau akan berdoa dengan bersungguh-sungguh..
Yang sebelumnya jarang sekali kau lakukan..
Kau nampak, Allah sayangkan kau..
Dia tidak terus membiarkan kau leka dengan keseronokan dunia..

Allah sayangkan kau..
Bila ujian dan musibah melanda dirimu,
akan meredakan nafsumu yang melampaui batas..
Kau tidak akan terus lalai dengan kecukupan yang kau ada..
Kau sedar semua ini??
Bersyukurlah dengan ujian yang datang..

wahai musafir..
petiklah hikmah dari setiap ujian..
ujian memberikan kau kesedaran..
membuka mata manusia untuk saling menyayangi..
hari ini kau ditimpa musibah...
hari ini kau telah merasakan deritanya musibah itu..
hari esok, saudaramu ditimpa musibah...
taburlah rasa simpati terhadapnya..
kerana kau telahpun merasakan kepahitan musibah itu..
Bantulah mereka..
Kau sedar semua itu??
Allah mengurniakan kau rasa simpati, rasa kasih, dan rasa sayang daripada ujian yang kau hadapi...
Allah sayangkan kau wahai musafir..

wahai musafir..
Janganlah kau memandang musibah itu sebagai musibah..
tetapi...
pandanglah musibah itu sebagai anugerah daripada Allah..
Nilainya jauh lebih besar daripada musibah..
Sekarang kau sedarkan??
Dosa-dosa kau akan Allah ampunkan..
kau akan diberikan pahala olehNya..
Kalau kau redha dan ikhlas dengan ujian yang melanda dirimu..
Nilai keampunan lebih besar nikmatnya dari musibah yang datang..
Kau nampak kan sekarang??
Jangan butakan hatimu...

Wahai musafir..
tenanglah..
tenteramlah..
lenyapkanlah kegelisahanmu..
dan janganlah berputus asa tatkala musibah dan ujian melanda dirimu..
Yakinlah Allah sayangkan kau..

"....sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar: 10)



Hari ini aku semakin sedar semua itu.. ujian membuatkan aku lebih matang.. 
Alhamdulillah... Aku hanya seorang hamba yang selalu mengharapkan hidayahMu..