Tuesday, November 2, 2010

Post lama, Publish baru...


Post ni sebenarnya lama dah bersarang dalam draft.. tp baru nak post hari ni kan....

Aku bersyukur kepada Allah kerana tatkala dalam ramai2 insan yang ada di luar sana, Allah masih memilih untuk menyentuh hatiku untuk merasai kemanisan usrah ini… Sejak meninggalkan alam persekolahan yang aku cintai (SAKTI), aku amat rindukan usrah… kekuatan dan ketulusan ukhwan yang terbina susah untuk dicari ganti…. Orang kata, yg patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.. tp, suasana usrah di sekolah dulu, tetap tiada penggantinya, tiada tandingannya… Usrahlah menjadi tempat meluahkan perasaan, merungkai segala keraguan, mengenal diri sendiri, belajar menghargai, belajar tentang hakikat kehidupan, mcm2 lg lah…  aku amat rindukan suasana itu….

Selama aku meninggalkan usrah, baru aku tahu betapa nikmatnya usrah itu… aku rindukan perkongsian ilmiah, aku rindukan kata-kata semangat, aku rindukan teguran, aku rindukan sentuhan hati daripada insane-insan yang lebih berilmu, aku rindukan semua itu…. Betapa aku kehausan dengan pengisian seumpama ini, aku tercari-cari dan berterusan mencari, dimanakah tempat yg sesuai untuk menjadi pembimbing pada diriku yang selalu lalai…

Kenapa aku beria-ia sangat mencari usrah?? Hanya satu harapanku, Redha Allah…. Daripada ilmu yg tidak seberapa ni, aku hanya boleh mengatakan jadikanlah redha Allah sebagai matlamat tertinggi yg mesti diraih. Apabila kita telah meluruskan niat kearah itu, maka Cinta Allah kita akan rasakan sangat dekat dengan diri kita.. Sedarkah kita bahawa apabila Allah mencintai kita, Allah akan membuat semua hambaNya mencintai kita… aku tidak mahu terus leka, aku tidak mahu lari jauh denganMu, aku tidak mahu tersasar jauh dengan rahmat dan kasih sayangMu… setiap hari aku berdoa agar aku ditemukan dengan saluran yang betul….

Akhirnya, Allah memakbulkan doaku dengan menemukan aku dengan usrah.. walaupun dengan pendekatan yang agak berbeza, aku amat bersyukur… sekurang-kurangnya, ada tempat untukku mendengar dan berkongsi ilmu2 yang bermanfaat yang mendidik jiwa.. Aku bersyukur kerana Allah tidak membiarkan aku terus bebas seperti layang-layang yang terbang tidak bertali..

Aku seorang insan yang gemar diam dan memerhati melainkan diberi peluang untuk berkata-kata…  Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang ada, carilah usrah sebagai salah satu medium yang boleh mengawal tingkah laku kita… yang boleh kawal kebebasan yang kita ada… yang boleh membantu kita supaya sentiasa rasa dekat denganNya… title sebagai ahli usrah dapat mengawal kita daripada melakukan perkara-perkara di luar batasan.. kita akan rasa malu… Biasanya malu dengan sahabat2 usrah dan yang paling penting kita akan rasa malu dengan Allah… Usrah juga membantu kita memberitahu apa yg kita x tahu…  Tanpa disedari, usrah membantu menambahkan ilmu kita.. tahukah kita, semakin bertambah ilmu, semakin takut kita dengan Allah…. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa… (saya pn bukanlah sempurna, tetapi sama2 ingat mengingati.. pandanglah apa yg dikatakan, dan janganlah pandang pada siapa yang berkata-kata)

Sama2lah kita memperbaiki kelemahan diri sedikit demi sedikit.. sama2lah kita bawa diri kita dekat denganNya… Sama2lah kita berdoa mohon hidayahNya bila kita rasakan kita semakin jauh dengan rahmatNya… Kita tidak tahu, bilakah kita akan kembali semula kepadaNya.. Mungkin esok, lusa…  

Kesimpulannya, carilah usrah dan apa2 sahaja yg boleh membantu mengawal diri kita supa tidak hanyut dan tertipu dengan kenikmatan dunia yg sementara…  dan rasailah sendiri kemanisan usrah itu… Sesungguhnya setiap kata2 ini adalah ditujukan untuk hati dan diriku sendiri.. Wasalam…