Thursday, April 29, 2010

MaHuKaH KaU TiNgGaLkAN AkU....


Burung yang aku sayang..
Apa sebenarnya yg kau mahukan.??
Kau membuatkan aku semakin keliru..
semakin hari,
Aku kian menjadi semakin terasing daripadamu..

Apa punca perubahanmu....???
Hari ini penjagamu baru mengerti,
Dari gerak geri dan kicauanmu, 
Aku tahu kamu mahu bebas..

Perlukah aku melepaskan atau hanya membiarkan..??

Burungku sayang..
Penjagamu ini tidak kejam..

Tiada paksaan padamu utk terus menjadi milikku selamanya..
Kau ada hak untuk bebas..

Burungku sayang,
Pertama kali kau kutemui..
Kau sgt jinak..
Bagimu, akulah penjagamu yg sangat kau hargai..
dan kau pula kusayangi sepenuh hati..
Kau nyanyikan aku melodi indah setiap hari..
dan aku membelaimu mesra..
Namun, kemanisan saat bersamamu hanya beberapa ketika..

Burung kesayanganku..
Aku bukanlah penghibur,
Yg dapat menghiburkan hatimu setiap masa..
Aku bukanlah panglipur lara yg bisa membuatkn kau ketawa..
Aku bukanlah sempurna,
Yg dapat memenuhi keperluan dan kehendakmu setiap masa..

Burungku sayang..
Maafkan aku atas kelemahanku..
Aku bukan penjagamu yg baik..
Aku bukanlah seperti yang kau harapkan..
Aku tahu kau kian bosan dengan setiap kekurangan ku..
Tetapi, itulah diriku...
Kerana aku tidak pandai menipu..

Burungku sayang,
Andai kebebasan yg bisa membuatkan kau bahagia,
Andai kebebasan yg bisa membuatkan kau ketawa..
Andai kebebasan yg dapat mengembalikan hidupmu semula..
Aku rela melepaskan kau terbang jauh nun di sana..
Mencari dunia yg lebih indah..

Burungku sayang..
Melihat kau bahagia itu lebih utama..
Walaupun hati ini tidak bisa membiarkan kau pergi..
Maafkan penjagamu ini andainya kau terasa dikurung dan dikongkong..

Burungku sayang..
Seandainya pilihan kau utk pergi..
Aku bersedia meleraikan setiap ikatan tali dikakimu..
Umpama janji-janji kita dulu..
Satu persatu aku leraikan..
Umpama aku redha membiarkan janji itu pergi..
Bersama ikatan tali yang jatuh ke bumi..
Terkubur lalu reput menjadi tanah..

Burungku sayang,
Andainya pilihan kau untuk bebas,
Aku doakan kau bahagia dgn pilihan itu..

Namun..
Sekiranya kau tidak temui apa yg kau cari..
Pulanglah semula kepaangkuan penjagamu ini..
Aku setia menanti kepulanganmu...

Burung kesayanganku...
Usah bimbangkan aku.. 
Kerana aku sudah lali..
Akulah penjaga yg serba kekurangan..
Sering menjadi pilihan untuk ditinggalkan..
Tetapi sering dicari bila diperlukan..

Burungku sayang..
Mungkin aku bukanlah penjagamu yg sempurna..
Aku bukanlah seperti yg kau harapkan..
Tetapi aku bersyukur..
Kerana pernah memeliharamu dengan penuh kasih sayang..
Mengharungi detik-detik indah bersamamu walaupun sekejap..
Pergilah kau terbang bebas bersama harapan dan impianmu..
Sesungguhnya bertemunya kita kerana Allah..
dan berpisahnya kita juga kerana takdirNya..

Burungku sayang,
Sekiranya kau sudah temui apa yang kau cari..
Penjagamu ini menumpang gembira di hati..
Penjagamu ini hanya mampu berdoa..
Agar kau terus bahagia..


Burungku sayang..
Kita hanya mampu merancang..
Tetapi Allah yang menentukan..
Penjagamu ini pasrah..
Burungku sayang....
Kau buatlah pilihan...
Aku penjagamu atau kehendakmu...