Monday, January 10, 2011

Kecemerlangan Hakiki.....



Tuhan..
Aku insan yg lemah berbanding dengan kekuasaanMu..
Aku insan yang tidak berdaya tanpa pertolongan dariMu..

Tuhan..
Kau tetapkanlah hatiku untuk terus berada dijalanMu..
Walau pelbagai mehnah yang datang melanda..
Kau tiupkanlah roh kekuatan dalam sanubariku..
Agar aku tidak berpaling denganMu.

Tuhan..
Redhailah aku..
dalam mencari kecemerlangan hakiki..
yg tiada kecemerlangan lain selepasnya...
kerana di situlah letaknya syurgaMu..

Tuhan..
Syukur aku atas nikmat yg Kau berikan..
Peliharalah aku daripada lalai dengan nikmatMu itu..
 Peliharalah aku daripada terus hanyut dalam kesenangan dunia yg memperdayakn..

Tuhan..
Hanya kepadaMu tempat aku mengadu..
Kau jadikanlah aku hambamu yang soleh dan solehah..
Kau berkatilah hidupku di dunia dan Akhirat..

Tuhan..
Tiada aku di dunia ini tanpaMu..
Kau perkenankanlah doaku..
Kau limpahkanlah aku dengan maghfirahmu...
Sesunggunya hidup dan matiku hanya untukMu............


"... Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur)." (Ali Imran, 185)

"Maka sesuatu apa yang diberikan kepadamu itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan mereka" (asy-Syura, 36)

"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya." (Al-Talaq, 2-3)

7 comments:

Anonymous said...

tahniah atiq! syukran...

AtiQ said...

thanks ifa...

adilah md shah said...

tahniah... tumpang menagis :) Joke atiq :p

Fikri H Fayahet said...

atiqah-san

omedetou gozaimasu

tahniah dengan result yang baru :)

Mohd Hilmi said...

terima kasih. :)

AtiQ said...

adel: tumpang menangis?? haha.. jom nangis ramai2 tnda syukur..

Fikri: fikri-san... syg ko... thanks.. tahniah jugak utk result yg baru nie...

Hilmi: sama-sama..(",)

AtiQ said...

ni sekadar perkongsian daripada pembacaan buku tips2 cemerlang daripada Quran.. Buku yg sangat menarik untuk dibaca..
Thanks kepada yg memberi.. it's mean a lot to me..