Thursday, February 24, 2011

Remeh tp berat..

Assalamualaikum...

Sejak aku berumur 4 tahun, aku telah disekolahkan oleh ibu dan ayah.. Sebab apa?? kerana setiap pagi aku akan berlari mengejar kereta ibu hingga ke pintu gate luar rumah untuk mengikutnya ke sekolah... Setiap pagi juga aku akan menangis kerana ditinggalkan ibu...

Apabila ibu duduk di atas meja menanda buku kerja murid, aku pasti akan bertanya, "Kenapa ibu xnk sekolahkan angah?, ibu xnk angah pandai mcm along ke?" Tp, ibu hanya memberikan alasan yg sama bahawa angah kecil lagi... masa tu aku rasa alasan itu sangat x logik... Setiap hari aku mendesak.. Akhirnya, ibu menumpangkan aku di kelas darjah satu sebelum urusan kemasukanku di tadika diluluskan...(padahal skrg umur 4 thn nk masuk tadika pn x dpt).

Walaupn masa tu aku yang paling muda di kelas, tetapi aku terasa mcm akulah orang yang paling pandai.... haha (astaghfirullah... riak pulak) 

Lihatlah betapa galaknya aku masa tu nak ke sekolah belajar... tak sabar2.. semangat berkobar2...
Sekarang, bila bergelar mahasiswi, asyik rasa nak balik rumah je... menghitung hari nak cuti.. Rindu kt rumah pn selalu terasa... padahal, bukannya aku x pernah duduk boarding school...

Iklim persekolahan lama ditinggalkan... Berada di sekolah dan IPT merupakan dua dunia yang amat2 berbeza.. ibarat langit dan bumi... Bila kelas banyak, nk makan pn terkejar2... Masa untuk diri sendiri pn x sempat nk berkira.. Bila assignment menimbun, sampai x tidur dibuatnya... Bukan sbb menangguh kerja, tapi sebab assignment dapat sekali serentak... semua kene hantar waktu yg sama...

Mana la tak pulun habis semua tenaga dan otak yg ada... Masa tu la perasaan nk balik kampung membuak-buak.... Rasanya, klu dpt langkah kaki keluar drp tempt belajar ni sekejap pn jadila... Terasa seakan-akan hilang semua masalah... Masa tu la terasa hilang pertimbangan kerana kesihatan emosi dan jasmani pn x stabil... Masyaallah..

Kalau dulu, seorang pendidik sgt ambil berat pasal emosi pelajar, berusaha memahami dan menyesuaikan strategi pengajaran & pembelajaran dengan keadaan pelajar agar objektif pembelajaran tercapai.. Tp sekarang, pelajar yg kene faham keadaan pensyarah yg macam2.. Ia kelihatan sangat memberi tekanan terutamanya bila berhadapan dengan lecturer yg tak memahami.. yang tidak mahu mengaku kesalahan sendiri, yg mementingkn diri, yg tiada empati... Rasanya tidak salah memberi "TUGAS SAMPINGAN" ttp jgnlah sampai membebankan sehingga ketidak'efficient'nan itu terlalu ketara.. hari ini bg arahan 'A', esok arahanny berubah pulak jd 'B'..

keadaan ini menambahkn lg keserabutan pelajar dan secara tidak langsung mengganggu emosi untuk belajar... Ni baru hal dlm kelas, belum crita pasal hal2 lain lagi..

Kesimpulannya.....
klu nk jd pendidik, jd lah pendidik yg MEMAHAMI.. mengambil tahu serba sedikit tentang pelajar yang diajar... Guru bertanggungjawab mewujudkan suasana yang dapat merangsang minat sasaran untuk belajar... Bukan mematikan minat dan semangat mereka, hinggakan mereka takut atau tidak mahu datang untuk belajar.. Bukan membebankan mereka seolah-olah mereka hanya tertumpu pd satu subjek shja.Jadilah pendidik yg ada rasa empati.. Jgn samakan situasi semua orang dgn kita.. kerana apa?? mungkin mereka itu mempunyai masalah tersendiri yang tidak dapat diluahkan... jadilah pendidik yang selalu menjadi pendengar terbaik, memberi pendapat untuk membetulkan persepsi pelajar agar mereka dapat berfikir secara resional dan secara tidak langsung pendidik berjaya membentuk pemikiran matang dalam kalangan pelajar...

Usahlah jadi pendidik yang mendabik dada, hanya memandang ke atas, lupa daratan dsb.. kerana hidup manusia itu umpama roda... Mana tahu, hari ini sipulan itu zalim terhadap anak didiknya, tp akan datang kezaliman itu akan dirasai oleh mana2 keturunannya... Sentiasalah beringat.. terutamanya untuk kita yang sentiasa berhubung dengan masyarakat... Bukan untuk menakut-nakutkan.. what u give, u get back..


Jdlah pendidik yang bertaqwa.. yang berpendidikan agama walaupun bukan jurusan major... Bila jiwa dan roh keislaman itu ada dalam diri, Insyaallah, automatik keindahan islam itu akan terzahir dengan sendirinya... janganlah kita terlalu buta dengan apa yang diperoleh di dunia.. janganlah kita tertipu dengan tipuan dunia.. Siapapun kita, betapa profesional pn kita, semulia mana kononnya kita di mata manusia, kita tetap makhluk Allah, hamba kepadaNya.. Kita semua sama disisi Allah... Yang membezakan kita hanyalah iman dan ketaqwaan kepadaNya.. 

wasalam..

5 comments:

ZAITON MUHAIMIN said...

huhu...cam meluah perasaan je tiq...geram kat seseorg ke?

ADILAH BINTI KAMAL AZIZI said...

hm..i like this post kak atiq..=)

AtiQ said...

kak ton: aish.. bkn geram.. bukan juga meluahkn.. cuma mengambil pengajaran drp pengalaman sbg inspirasi utk mjadi guru yg baik..


Dilah: tq2...

ZAITON MUHAIMIN said...

yup, pengalaman itu guru terbaik tiq! ...usah kita melakukan perkara yang murid2 kita tak sukai..

Jadi ustazah teacher yang best! Penyayang dan kehadirannya dinanti.

AtiQ said...

Insyaallah...
Kita boleh... kita buat habis baik... kita beri yg trbaik...
Takbir... Allahuakbar...!!